Utusan Borneo (Sarawak)

TINDAK BALAS DIPERCEPAT

Penyelam Polis Marin Wilayah Lima akan ditempatka­n di Kuching dan Bintulu.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Pasukan Polis Marin Wilayah (PPM) Lima akan meneruskan rutin mereka seperti biasa sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Komander Pasukan Polis Marin Malaysia SAC Datuk Abdul Aziz Yusof berkata perkara paling penting bagi pasukan tersebut adalah memastikan kehadiran mereka dirasai di perairan negeri ini.

“Di seluruh Malaysia, seramai 250 kakitangan akan bertugas sepanjang perayaan akan datang kerana kita perlu sentiasa berwaspada bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman dan kemungkina­n,” ujarnya.

Namun kerajaan tidak dapat menunaikan permintaan itu kerana banyak perkara lain perlu dipertimba­ng apabila proses penghantar­an seperti dua kumpulan terdahulu menggunaka­n kapal milik Tentera

” Laut Diraja Malaysia ( TLDM).

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PPM Lima sempena lawatan kerja seharinya ke Sarawak semalam.

Sebelum itu, Abdul Aziz mempengeru­sikan sesi dialog tertutup dan menyemat lencana penyelam kepada 16 anggota PPM Lima yang menamatkan kursus kemasukan mereka sebagai penyelam.

Menurutnya, kesemua penyelam akan dibahagika­n kepada dua kumpulan dan ditempatka­n di Kuching dan Bintulu untuk memastikan masa tindak balas mereka dapat dipercepat­kan.

Tambahnya, peranan penyelam ini pada asasnya adalah untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) selain membantu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM untuk mengumpul bahan kes atau bukti yang dibuang oleh suspek ke dalam air seperti sungai dan laut.

Mengenai sesi dialog tertutup berkenaan, beliau berkata tujuannya untuk mengukur prestasi Wilayah Lima dan membuat penambahba­ikan kepada kelemahan mereka.

“Ini amat penting pada waktu kita memasuki bahagian kedua tahun 2015. Turut disentuh dalam sesi dialog adalah cara untuk mengoptimu­mkan semua kakitangan kita agar lebih berkesan,” katanya.

Beliau seterusnya berkata ia adalah satu langkah yang ideal jika lebih banyak pengambila­n rekrut dibuat bagi polis marin serta menambah jumlah aset mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Marin Wilayah Lima ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata tiada rampasan atau tangkapan penting yang telah dibuat sejak beberapa minggu yang lalu.

SAC Datuk Abdul Aziz Yusof Komander Pasukan Polis Marin Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia