Utusan Borneo (Sarawak)

HUTANG TIDAK LOGIK

-

SIBU: Buntu selepas diminta membayar hutang berjumlah RM50,000 yang dianggapny­a ‘tidak logik’ daripada jumlah pinjaman asal, seorang lelaki kurang upaya membuat laporan polis semalam.

Pengadu, 52, yang tidak mempunyai pekerjaan kebingunga­n selepas didatangi dua lelaki menagih hutang lama di rumahnya pada jam 9.30 pagi semalam.

Katanya, salah seorang daripada lelaki berkenaan memintanya membayar wang yang dipinjamny­a pada 2009.

Bagaimanap­un, pengadu terkejut apabila angka yang disebut berjumlah RM50,000 walaupun beliau hanya meminjam RM12,000 ketika itu.

Menurutnya, beliau membuat bayaran sejumlah RM7,000 tetapi berasa tertipu apabila masih berhutang RM50,000.

“Itu memang tidak logik walaupun jumlah itu termasuk faedah sekalipun,” katanya ditemani seorang rakan yang mengusungn­ya duduk di kerusi roda.

Pengadu tinggal di Jalan Makmur di sini kini berstatus ‘orang istimewa’ selepas mengalami kecacatan kerana kehilangan sebelah kaki dari paras lutut.

Katanya, beliau hanya ingin membayar baki hutangnya setakat termampu secara ansuran setiap bulan tetapi untuk membayar RM50,000 adalah di luar kemampuann­ya.

Katanya, walaupun mereka tidak menggunaka­n kekerasan terhadapny­a ketika datang ke rumah menagih hutang, namun beliau mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu.

Bimbang sesuatu tidak diingin berlaku, pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pagi semalam.

 ??  ?? LAPOR POLIS: Pengadu berkerusi roda diusung ke balai untuk melaporkan kes.
LAPOR POLIS: Pengadu berkerusi roda diusung ke balai untuk melaporkan kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia