SMK Kanowit dan SK Nanga Machan juara pertandingan projek inovasi

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sana Sini -

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit dan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Machan telah menjadi juara dalam kategori masingmasing pada Pertandingan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Daerah Kanowit, baru-baru ini.

SMK Kanowit unggul melalui projek inovasi Catur Cina, manakala SK Nanga Machan berbangga dengan inovasi POP 10.

Pertandingan yang diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit ini, membawa objektif untuk mendorong para pelajar berfikir secara inovatif di samping memupuk keyakinan dalam diri mereka.

Pertandingan ini melibatkan 14 penyertaan iaitu enam dari sekolah menengah dan lapan dari sekolah rendah. Penyertaan dari sekolah menengah terdiri daripada dua penyertaan dari SMK Kanowit, dua penyertaan dari SMK Nanga Dap dan satu penyertaan dari SMK Sedaya.

Manakala SK Nanga Machan, SK Nanga Dap, SK Sungai Tuah, SJ (C) Liang Hua, SK Nanga Ngungun, SJK(C) Yok Ming, SJK(C) Chih Mong dan SK Nanga Tada masing-masing menghantar satu penyertaan.

Majlis perasmian penutupan pertandingan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit Malsiah Jamal.

SYABAS: Malsiah menyampaikan hadiah kepada salah seorang wakil pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.