Utusan Borneo (Sarawak)

Taman Selera bukan lagi di bawah kuasa MBM

-

MIRI: Taman kunjungan popular penduduk Miri, Taman Selera di Tanjung Lobang bukan lagi di bawah pengurusan dan penyelengg­aran pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Datuk Bandar Lawrence Lai memberitah­u, ia kini dimiliki oleh syarikat pemaju yang mahu memberi wajah baharu kepada taman itu menjadi sebuah pusat rekreasi dan riadah moden di sini.

“Apa yang berlaku di taman ini bawah tanggungja­wab pemaju. Kita (MBM) tiada hak,” tegas beliau semasa mempengeru­sikan Mesyuarat Ahli Ahli Majlis di MBM semalam.

Terletak di pesisir pantai Brighton, pemaju mahu menukar Taman Selera sebagai destinasi pelanconga­n terbaharu dengan membina pusat beli-belah, pusat makan, pusat hiburan dan kediaman.

Bagaimanap­un, masih ra- mai penduduk di sini beranggapa­n taman berkenaan masih di bawah penyelengg­araan MBM.

Taman Selera merupakan destinasi popular untuk aktiviti berkelah khasnya pada hujung minggu dan hari cuti umum.

Antara isu utama dibangkit ialah keselamata­n pengunjung yang menggunaka­n kemudahan-kemudahan lama dan rosak di taman itu.

Selain itu, masih ramai menuding jari kepada MBM kerana gagal menyelengg­ara taman itu dengan baik.

“Kami tidak dapat berbuat apa-apa. Kami cuma boleh meminta kerjasama atau merujuk masalah ini kepada pemaju,” jelas Lawrence.

Sehubungan itu, Lawrence meminta pemaju memasang pagar sementara untuk mengelak orang awam memasuki kawasan pembinaan sebagai langkah keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia