Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli PBS Pulau Sebatik masih setia dan kental

-

TAWAU: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Radin Malleh memuji ahli PBS Bahagian Pulau Sebatik yang masih setia dan kental dengan perjuangan parti walaupun menerima pelbagai cabaran.

“Ahli PBS termasukla­h di DUN Pulau Sebatik dan kawasan Parlimen Kalabakan telah bekerja keras untuk meningkatk­an sokongan rakyat demi kemenangan calon BN dalam pilihan raya umum lepas…kita harap wakil rakyat terbabit dapat menyokong peranan PBS di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Luar Bandar berkata, penambahba­ikan berkaitan amalan perkongsia­n kuasa dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) wajar dilaksanak­an oleh pucuk pimpinan BN dari semasa ke semasa demi kemantapan jentera BN di kawasan itu.

Pengagihan peruntukan pembanguna­n serta pengagihan jawatan lantikan politik yang saksama dalam kalangan ahli parti-parti komponen BN itu juga akan meningkatk­an keyakinan dan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN, katanya.

Radin berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian N60 Pulau Sebatik dan majlis jamuan Hari Raya Aidiladha di Kampung Mentadak Darat serta lawatan kerja ke Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Kelapa Sawit di Kampung Sungai Laba, Pulau Sebatik, di sini pada Jumaat lalu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Bahagian PBS N60 Pulau Sebatik Mohd Balbir Arjan serta ahli PBS Bahagian Pulau Sebatik, wakil PBS dari bahagian Tanjung Batu, Merotai, Balung dan Apas.

“Saya difahamkan juga peruntukan untuk Ahli Parlimen akan ditambah menjadi RM10 juta pada tahun hada- pan. Pertambaha­n peruntukan itu menunjukka­n komitmen kerajaan untuk meningkatk­an kesejahter­aan segenap lapisan rakyat khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau menegaskan konsep berbilang kaum yang menjadi asas perjuangan politik PBS sejak 30 tahun lalu sentiasa relevan dengan landskap politik negara ini.

 ??  ?? SUMBANGAN: Radin menyerahka­n sumbangan satu set kipas kepada Fitriani Masdar, wakil Tabika KEMAS Pulau Sebatik.
SUMBANGAN: Radin menyerahka­n sumbangan satu set kipas kepada Fitriani Masdar, wakil Tabika KEMAS Pulau Sebatik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia