Utusan Borneo (Sarawak)

Indonesia ‘kejar masa’ kenal pasti korban rempuhan Mina

-

JAKARTA: Jumlah rakyat Indonesia yang terkorban dalam rempuhan di Mina meningkat kepada 41 orang semalam dengan beberapa orang masih hilang, menurut pegawai, memberikan amaran Jakarta ‘mengejar masa’ bagi mengenal pasti rakyatnya yang terbunuh.

Rempuhan Khamis lepas semasa ibadat melontar batu berhampira­n kota suci Islam Mekah mengorbank­an 769 nyawa, bencana terburuk melanda jemaah haji dalam sejarah suku abad.

Sekurang- kurangnya 144 rakyat Iran terbunuh dalam bencana itu, angka tertinggi disahkan kalangan rakyat asing, menimbulka­n perbalahan di antara negara bermusuhan Arab Saudi dan Iran.

Indonesia, negara paling ramai penduduk Islam di dunia, mulanya menyatakan hanya sekumpulan rakyatnya terbunuh dalam kejadian itu namun angka kematian meningkat mendadak sepanjang hujung minggu lalu dan kementeria­n hal ehwal keagamaan mengesahka­n semalam jumlahnya 41 orang.

Selain itu, sepuluh rakyat Indonesia dirawat atas kecederaan mereka di hospital ketika 82 orang masih hilang, walaupun pegawai kanan kementeria­n Abdul Djamil menyatakan tidak jelas sama adamerekat­urutterper­angkap dalam rempuhan.

Beliau menyatakan ia akan mengambil sedikit masa untuk menentukan jumlah itu kerana Indonesia hanya diberikan akses ke rumah mayat dua hari selepas kejadian sekali gus berdepan masalah untuk mengenal pasti mayat berbanding rekod jemaah.

“Ini bermakna kami perlu mengejar masa kerana lebih lama menunggu, semakin sukar untuk mengenal pasti jemaah haji yang telah meninggal dunia,” jelas Djami.

Banyak jenazah dalam keadaan tidak sempurna dan Djamil menyatakan pihak berkuasa sedang mengenal pasti mangsa dengan memeriksa pakaian dan gelang pengenalan haji pada rekod mereka.

“Kumpulan kami bekerja keras siang malam mencari jemaah yang masih hilang dan mengenal pasti jemaah yang terkorban,” tambah beliau.

Indonesia, yang mempunyai 225 juta penganut Islam, mendapat kuota haji tahunan terbesar daripada Arab Saudi dan pada tahun ini telah menerima 168,000 tempat.

Negara lain dengan jumlah penganut terhad terbunuh dalam kemalangan itu termasuk Maghribi, Mesir dan India.

Kementeria­n dalam negeri Arab Saudi menyatakan ia telah menugaskan 100,000 anggota polis untuk menjaga jemaah haji dan menguruska­n orang ramai ketika ibadah tersebut yang menarik hampir dua juta penganut.

Namun jemaah haji menyalahka­n penutupan jalan oleh polis dan pengurusan orang ramai yang kurang baik dalam keadaan suhu tinggi sebagai punca tragedi.

Sejak beberapa tahun, ibadah haji dicemari rempuhan dan kebakaran, namun ia hampir bebas insiden selama hampir sedekad selepas pembanguna­n besar-besaran infrastruk­tur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia