Utusan Borneo (Sarawak)

Enam warga Indonesia ditahan di tapak binaan

-

KUCHING: Ops Ikrar dilaksanak­an Bahagian Penguatkua­saan Jabatan Imigresen Kuching kelmarin berjaya memberkas enam lelaki warganegar­a Indonesia bersabit akta dan peraturanp­eraturan imigresen.

Operasi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Mehuen Runies bersama 39 anggota menyerbu sebuah tapak pembinaan di Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samara- han dekat sini.

“Tiga daripadany­a ditahan selepas disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah dan pas sah untuk berada di Malaysia.

“Sementara tiga lagi ditahan kerana disyaki melanggar Per. 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana bekerja tanpa permit kerja sah di premis tersebut,” kata jabatan itu menerusi kenyataan akhbar semalam.

Semua mereka dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Semuja, Serian untuk tindakan lanjut.

Dalam serbuan tersebut, seramai 47 pekerja diperiksa.

Seramai 25 pekerja merupakan penduduk tempatan, sementara selebihnya seramai 22 warganegar­a Indonesia merangkumi 19 lelaki dan tiga wanita.

 ??  ?? LANGGAR PERATURAN: Operasi yang diketuai Mehuen berjaya memberkas enam warganegar­a Indonesia kerana melanggar akta dan peraturan-peraturan imigresen.
LANGGAR PERATURAN: Operasi yang diketuai Mehuen berjaya memberkas enam warganegar­a Indonesia kerana melanggar akta dan peraturan-peraturan imigresen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia