Utusan Borneo (Sarawak)

SFC Sibu rampas 164 balak dekat Bintangor

-

KUCHING: Bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan pegawai dari Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) Sibu menjalanka­n operasi serbuan pembalakan haram di Bintangor, semalam.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 164 batang kayu telah dirampas.

Menurut kenyataan SFC, kayu balak pelbagai spesies itu berjumlah kira-kira 50 meter padu.

“Balak tersebut disembunyi­kan daripada pandangan umum di Sungai Gemuan, kira-kira 13 kilometer dari Pekan Bintangor.

“Ia dipercayai menyalahi undang-undang kerana tidak ada tanda-tanda royalti dan tidak terdapat kendalian operasi pembalakan yang dilesenkan di kawasan itu,” katanya.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bintangor. Kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Hutan untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? CUBA SOROK: Pegawai SFC memeriksa kayu balak yang dirampas.
CUBA SOROK: Pegawai SFC memeriksa kayu balak yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia