Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja syarikat luar pantai antara ditangkap terlibat dadah

-

MIRI: Seorang pekerja sebuah syarikat luar pantai antara tiga diberkas polis awal pagi semalam kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Berikutan tangkapan itu, ketiga- tiga suspek berusia antara 25 hingga 35 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tin- dakan lanjut.

Terdahulu menurut sumber, ketiga- tiga suspek ditangkap sepasukan polis dari Unit Kereta Peronda ( MPV) di sebuah rumah di Kampung Luak kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Sehubungan itu, mereka dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri untuk menjalani ujian saringan awal air kencing.

Hasil ujian mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Amphetamin­e.

Justeru suspek pertama bekerja di sebuah syarikat luar pantai telah ditangkap mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998).

Manakala suspek kedua dan ketiga yang merupakan penganggur ditangkap mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk membantu siasatan lanjut polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia