Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipenjara sebulan kerana melakukan ugutan jenayah

-

MIRI: Seorang lelaki didenda RM2,500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret petang semalam kerana kesalahan melaku ugutan jenayah terhadap seorang lelaki lain.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuat kuasa mulai tarikh tangkapan pada 28 September lalu.

Muhammad Sumardi Affendi, 27, dari Kampung Pengkalan, Lutong telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah sambil mengamuk dan mencederak­an seorang lelaki, Affendi Buang menggunaka­n sebatang besi dengan niat menakutkan mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 petang di Pencawang TM Pujut 4 di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ke atasnya diringanka­n memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Nor di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia