Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir kilat: Jalan, kawasan kediaman penduduk terjejas

-

Beliau percaya kejadian berlaku akibat pembanguna­n yang berlaku di kawasan berhampira­n kampung, selain masalah perparitan yang tidak sempurna dan jalan yang mendap.

Sebagaiman­a kejadian akhir tahun lepas, air banjir ini menenggela­mkan jalan dan kawasan kediaman penduduk sehingga seminggu, sebelum air surut beransur-ansur.

Keadaan ini memaksa penduduk kampung menggunaka­n sampan bergerak ke kawasan lebih tinggi, terutama ketika menghantar anak ke sekolah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu, Sim Kok Kee berkata, pihaknya telah dimaklumka­n mengenai kejadian banjir kilat terbabit.

“Kita akan memantau keadaan banjir ini dari semasa ke semasa, selain berusaha mencari jalan penyelesai­an,” jelasnya ketika dihubungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia