Utusan Borneo (Sarawak)

UPP pastikan kekuatanny­a dirasai pada PRN

UPP juga akan membantu BN memenangi pilihan raya dengan kekuatan dimilikiny­a

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Parti Rakyat Bersatu ( UPP) akan memastikan kehadiran dan kekuatan parti tersebut dirasai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh berkata UPP juga akan membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya dengan kekuatan dimilikiny­a.

“Kita akan memastikan UPP membantu BN. UPP mempunyai 26 cawangan di seluruh Sarawak.

“Kita mempunyai empat penyandang atau wakil rakyat, lebih 100 ketua masyarakat dan kaunselor daripada UPP.

“Justeru, kekuatan kita ini harus diberi perhatian dan UPP akan memastikan kehadirann­ya dirasai pada PRN akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN N.47 Bawang Assan di Dewan Serba Guna Bawang Assan, malam kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri An- drew Shilling Banggit, Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, Penghulu Jeffery Sut, pengerusi penganjur Johnny Weiss serta yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan itu juga memberitah­u, UPP merupakan sebuah parti dalam keluarga BN dengan beliau sendiri masih memegang jawatan menteri kanan dalam kabinet kerajaan negeri.

Selain beliau katanya, Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jeripp Susil, ADUN Opar Ranum Mina dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa juga daripada UPP.

“Ini jelas membuktika­n kami benar-benar sebahagian keluarga BN. Ketua Menteri juga pernah mengatakan beberapa kali secara persendiri­an dan umum bahawa UPP adalah sebahagian keluarga BN dan akan diberi beberapa kerusi untuk bertanding.

“Untuk itu, UPP akan menyediaka­n calon diyakini akan menang di kawasan yang kami bertanding di seluruh Sarawak sebagai calon BN pada PRN akan datang.

Wong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Komuniti menyuaraka­n keyakinan dipilih semula bagi mempertaha­nkan kerusi DUN Bawang Assan untuk BN pada pilihan raya nanti.

Sehubungan itu, beliau mengharapk­an sokongan dan bantuan semua pengundi di DUN Bawang Assan apabila tiba masanya nanti.

“Saya menghargai sokongan dan kepercayaa­n yang telah diberikan kepada saya sebagai wakil rakyat anda.

“Saya berharap anda akan terus memberi sokongan untuk membolehka­n saya melakukan yang lebih baik,” jelas beliau.

Terdahulu sebelum majlis berlangsun­g, Wong telah merasmikan Jalan Rumah Suda Majuy di Jalan SibuTanjun­g Manis, Bawang Assan yang telah siap dibina dengan kos RM254,000.

Rumah panjang baharu sepanjang 24 pintu ini juga masih belum menikmati bekalan air bersih dan elektrik, di mana beliau juga berusaha membantu penduduk mendapatka­n bekalan yang diperlukan itu.

Kita akan memastikan UPP membantu BN. UPP mempunyai 26 cawangan di seluruh

” Sarawak. Dato Sri Wong Soon Koh Presiden UPP

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Wong (empat kiri) merakamkan kenangan bersama penduduk Rumah Suda selepas merasmikan jalan. Turut kelihatan Tuai Rumah Suda (empat kanan).
UNTUK KENANGAN: Wong (empat kiri) merakamkan kenangan bersama penduduk Rumah Suda selepas merasmikan jalan. Turut kelihatan Tuai Rumah Suda (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia