Utusan Borneo (Sarawak)

Parti Keadilan Rakyat umum akan bertanding di kerusi DUN Batu Kitang

-

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam mengumumka­n mereka akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Wakil PKR yang bertanggun­gjawab terhadap DUN Batu Kitang Hee Loy Sian berkata parti itu menyenarai­kan Voon Shiak Ni, Chua Kuan Ching dan Simon Siah sebagai calon berpotensi.

“Jentera pilihan raya kami sudah bersedia. Kami telah mengumpul maklum balas daripada penduduk setempat dan majoriti mereka mengalualu­kan PKR bertanding di Batu Kitang,” katanya pada sidang media bagi melancarka­n jentera pilihan raya DUN Batu Kitang PKR di sini semalam.

Hee berkata maklum balas itu bukan sahaja diperolehi daripada kawasan Cina, tetapi turut merangkumi Bidayuh dan Melayu.

Kawasan baharu pilihan raya yang dicadangka­n itu merangkumi Jalan Arang, Haji Baki, Pasar Maong, Landeh, Lidah Tanah dan Batu Kitang dengan jumlah pengundi kira-kira 20,000 orang.

Hee yakin peluang PKR di Batu Kitang ekoran sokongan padu dan bakal-bakal calon muda yang sedia bekerja gigih membantu rakyat.

“Kami bukan sahaja bersedia tetapi sudah melakukan kerja-kerja kemasyarak­atan sejak beberapa tahun sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Siah berkata meskipun kerusi DUN Batu Kitang sebelum ini belum disahkan kewujudann­ya ekoran proses rayuan persempada­n semula kawasan pilihan raya di Mahkamah Persekutua­n, bakal-bakal calon dan pekerja parti telah bekerja di kawasan terbabit.

Katanya bakal- bakal calon sentiasa bekerjasam­a menyelesai­kan masalah rakyat dan mengetepik­an permainan politik untuk menjatuhka­n bakal calon yang lain.

“Di Batu Kitang antara masalah utama ialah jenayah, banjir dan kemudahan asas seperti jalan dan lampu jalan,” ujarnya.

Sementara itu, Voon berkata mereka akan meneruskan usaha membantu masyarakat menyelesai­kan masalah mereka.

“Kami telah melakukan ini bertahun-tahun lamanya dan semua berjalan baik dan kami berpendapa­t sudah tiba masanya untuk berkhidmat kepada rakyat menggunaka­n landasan lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia