Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Exco SPDP Meluan rancang anjur pelbagai program bulanan

-

JULAU: Ahli Exco Parti Demokratik Progresif Sarawak ( SPDP) Meluan merancang menganjur program bulanan termasuk program Pemimpin Bersama Rakyat serta merekrut ahli baharu dan menganjur sukan.

Perkara itu diusul semasa penganjura­n mesyuarat exco diadakan di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) Julau baru-baru ini dan dipengerus­i Belayong Jampong yang juga pengerusi SPDP Meluan.

“Antara lain agenda ialah mahu kekosongan kerusi Ahli Majlis Daerah Meradong dan Julau untuk kuota SPDP berikutan kematian mendiang Aloysius Ambas Koh diisi oleh Minggan Noel.

“Selain itu, kami turut mencadangk­an Joseph Wong King Said dilantik ke jawatan setiausaha politik Ketua Menteri atau ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan sekiranya terdapat kekosongan,” ujar beliau.

Menurut Belayong, bahagian sayap Wanita dan Pemuda SPDP juga menyatakan sokongan terhadap pengabunga­n SPDP dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

“Namun demikian, kami menyerahka­n perkara tersebut kepada pemimpin tertinggi parti untuk membuat keputusan,” ujar beliau.

Bercakap lanjut, ahli exco turut menyampaik­an rasa terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas pelantikan Antohny Nogeh sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani baru- baru ini.

Anthony Nogeh merupakan Ahli Parlimen Mas Gading dan setiausaha agung SPDP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia