Utusan Borneo (Sarawak)

Belum ada usahawan Sarawak menyertai program ‘Going Export’, kata Noraini

-

KUCHING: Masih belum ada usahawan dari Sarawak menyertai program ‘ Going Export’ (Go-Ex) yang diperkenal­kan oleh Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) sejak 2014.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi MATRADE Datuk Noraini Ahmad pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Forum Pengekspor­t 2015 di sini semalam.

Majlis perasmian forum itu disempurna­kan Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Julaihi Narawi yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Menurut Noraini, program itu diperkenal­kan dengan menyasarka­n pengekspor­t kali pertama atau pengekspor­t sedia ada yang ingin menerokai pasaran dan membangunk­an produk-produk baharu.

“Sehingga kini, masih belum ada penyertaan daripada usahawan- usahawan Sarawak dalam program Go-Ex.

“Program Go-Ex adalah sebahagian daripada program Pecutan Eksport yang diperkenal­kan untuk pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS) di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Noraini menambah, potensi untuk usahawan Sarawak menembusi pasaran global sangat luas dengan mengambil kira sumbangan lima sektor utama eksport negeri ini kepada jumlah eksport negara.

Beliau memberitah­u, antara lima eksport utama Sarawak yang menyumbang kepada jumlah eksport negara ialah makanan siap iaitu 18.32 peratus, bahan bangunan dan pembinaan serta perkakasan rumah (14.32 peratus) dan produk kayu (13.2 peratus).

“Maknanya potensi itu ada dan MATRADE akan cuba membantu supaya usahawan-usahawan PKS Sarawak lebih berpeluang menembusi pasaran global menerusi pro- gram-program kami seperti hari ini,” ujarnya.

Terdahulu dalam ucapan aluannya Noraini berkata selain Go-Ex, MATRADE memperkena­lkan program Mid-Tier yang memfokus kepada syarikat- syarikat pertengaha­n, mempunyai nilai jualan tahunan antara RM50 juta hingga RM500 juta daripada sektor perkilanga­n dan RM20 juta hingga RM500 juta bagi sektor-sektor lain.

Program itu katanya, telah berjaya membantu syarikatsy­arikat menembusi pasaran baharu, mengakses kepada pembiayaan serta teknologi baharu dan mendapat khidmat nasihat daripada perunding pengurusan antarabang­sa berpengala­man.

“Sehingga kini, 44 syarikat telah dipilih pada pengambila­n pertama tahun 2014 dan 57 syarikat pada pengambila­n kedua pada tahun ini.

“Dua syarikat dari Sarawak telah dipilih bagi program ini untuk tahun 2015,” jelasnya.

Menyedari besarnya potensi platform e- dagang dalam memasarkan produk dan perkhidmat­an PKS ke pasaran global, MATRADE juga memperkena­lkan program eTRADE pada Oktober tahun lalu, tambahnya.

Beliau memberitah­u menerusi eTRADE, insentif kewangan ditawarkan kepada penyenarai­an syarikatsy­arikat PKS dalam ‘online market places’ antarabang­sa yang telah dikenal pasti.

Katanya sebanyak lima usahawan dari Sarawak telah menyertai program itu sejak 2014.

“Saya menyaranka­n usahawan-usahawan Sarawak dapat berkecimpu­ng secara lebih aktif dalam perniagaan e-dagang bagi memperluas­kan pasaran mereka kerana pemasaran cara ini lebih murah dan ‘cost effective’ serta dapat menjangkau pasaran lebih luas,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain Noraini berkata Malaysia telah menikmati lebihan dagangan selama 17 tahun berturut-turut sejak 1997.

Menurutnya bagi 2014, perdaganga­n dan eksport Malaysia telah melepasi sasaran ditetapkan dengan peningkata­n dalam perdaganga­n sebanyak lima peratus iaitu RM1.45 trilion dan eksport 6.4 peratus iaitu RM766.13 bilion.

China katanya, merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia mewakili 14.3 peratus daripada jumlah keseluruha­n perdaganga­n diikuti Singapura ( 13.4 peratus), Jepun (9.5 peratus), Amerika Syarikat (8.1 peratus) dan Thailand (5.5 peratus).

Manakala Malaysia merupakan negara perdaganga­n ke-25 terbesar dunia dan negara pengekspor­t ke23 terbesar dunia pada 2014, tambahnya.

“Sebagai negara kecil, dengan penduduk hanya 30 juta orang, pencapaian kita sebagai pengekspor­t dalam kalangan 200 negara di dunia adalah satu pencapaian yang harus dibanggaka­n,” kata Noraini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia