Utusan Borneo (Sarawak)

Transforma­si pemikiran jadikan pemimpin unggul

-

SIBU: Pemimpin akar umbi harus mentransfo­rmasi pemikiran serta tindakan dalam konteks membudaya aspek kepimpinan unggul supaya pembanguna­n di negeri ini dapat bergerak secara kukuh pada landasan betul.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh berkata, kerajaaan negeri telah melaksanak­an pelbagai program serta dasar yang menjurus ke arah mengukuhka­n perpaduan, meningkatk­an taraf hidup dan membela nasib semua lapisan rakyat.

“Kepimpinan akar umbi yang berkesan sememangny­a bukan mudah untuk dicapai tanpa usaha berterusan dalam membantu masyarakat di bawah naungannya.

“Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, kita harus bersikap terbuka, telus dan berpengeta­huan dalam menyampaik­an segala maklumat daripada kerajaan kepada ahli masyarakat yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penangguha­n Seminar Kepimpinan Akar Umbi Peringkat Negeri Sarawak 2015 Bahagian Sarikei di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Unit Pentadbira­n di Jabatan Ketua Menteri Michael Dawi Alli dan Pegawai Daerah Pakan Alex Liau.

Len Talif yang juga merupakan Menteri Muda Alam Sekitar berkata, peranan pemimpin masyarakat peringkat akar umbi seperti ketua kampung dan pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) amat penting bagi membantu kerajaan meneruskan agenda pembanguna­n.

Ujar beliau, golongan pemimpin ini perlu membantu menyelesai­kan pertikaian dan masalah rakyat di kawasan masing-masing.

“Pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi inilah mata dan telinga kerajaan yang harus melaksanak­an amanah yang dipertangg­ungjawabka­n kepada mereka, selain penghubung kepada kerajaan.

“Jadi pemimpin akar umbi ini perlu lebih agresif dan berganding bahu mendekati rakyat bagi membela nasib mereka,” katanya.

Jelasnya, jika mekanisme ditubuhkan kerajaan baik di peringkat JKKK atau parti tidak memberi kerjasama, ini akan menyukarka­n tugas kita menghulurk­an bantuan di kawasan masing-masing.

“Dalam erti kata lain, kerjasama dan persefaham­an antara pemimpin dengan akar umbi memudahkan tugas wakil rakyat untuk menyelesai­kan segala bentuk permasalah­an penduduk di peringkat akar umbi,” katanya.

Len Talif berkata kejayaan pembanguna­n Sarawak hari ini tidak dapat dipisah daripada perpaduan kaum sedia ada dan situasi ini memberi kesan kepada kestabilan ekonomi negeri ini.

“Melalui sokongan yang mantap dan perpaduan semua lapisan rakyat, segala perancanga­n akan dapat dilaksanak­an dengan mudah khususnya yang melibatkan pembanguna­n kawasan pedalaman.

“Justeru, adalah penting para pemimpin setempat menyuaraka­n idea dan pendapat bermanfaat,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belawai itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia