Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga Cina di negara ini tetap dibantu: Wee

RM26.58 juta diagih kepada 124 pengusaha PKS Cina melalui program Skim Pembiayaan PKS Cina

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sebanyak RM26.58 juta berjaya diagihkan kepada 124 pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Cina melalui program Skim Pembiayaan PKS Cina di bawah Sekretaria­t Pembanguna­n Usahawan Malaysia (SAME).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, agihan berkenaan adalah daripada jumlah RM50 juta yang diluluskan kerajaan dan dilancarka­n pada tahun lepas khas bagi skim terbabit.

Menurut beliau geran yang disalurkan melalui Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) itu menunjukka­n respons memberangs­angkan selepas dua bulan pelancaran­nya.

“Dalam masa dua bulan selepas pelancaran skim berkenaan, sebanyak RM26.58 juta diagihkan kepada 124 PKS Cina di seluruh negara.

“Di bawah kerjasama dengan KOJADI ini, mereka turut memberi pinjaman

Di bawah kerjasama dengan KOJADI ini, mereka turut memberi pinjaman kepada PKS yang baharu bertapak setahun atau dua tahun, asalkan ia perniagaan yang betul-betul wujud serta berpotensi untuk perniagaan dan yang

” penting kebolehan membayar balik.

kepada PKS yang baharu bertapak setahun atau dua tahun, asalkan ia perniagaan yang betul-betul wujud serta berpotensi untuk perniagaan dan yang penting kebolehan membayar balik.

“Kita tidak mahu mereka nanti menerima geran sambil lewa dan kami percaya dengan bantuan pinjaman ia bukan sahaja memperkemb­angkan perniagaan mereka bahkan ekonomi negara,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jerayawara Ke- wangan SAME yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SAME Neil Foo dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Senator Datuk Dr Sim Kui Hian di sini, semalam.

Sehubungan itu di Sarawak kata Wee, pihaknya akan bekerjasam­a dengan pemimpin peringkat akar umbi komuniti Cina melalui KOJADI bagi menggalakk­an lagi permohonan daripada PKS di Sarawak.

“Dengan kerjasama ini kita berharap dapat mewujudkan mekanisme lebih baik ber- sama pemimpin akar umbi atau wakil rakyat dalam usaha kita merapatkan jurang PKS di Semenanjun­g dengan Sarawak,” ujarnya.

Melihat kepada respons yang sangat baik untuk per- mohonan skim berkenaan, pihaknya akan memohon peruntukan yang sama bagi Bajet tahun depan.

Mengulas lanjut mengenai permohonan yang diproses, kata Wee terdapat beberapa faktor menyebabka­n proses permohonan berkenaan agak lewat.

“Kami menerima 704 permohonan bagi skim ini setakat ini dan daripada jumlah itu hanya 41.5 peratus sahaja yang lengkap sementara 412 permohonan PKS tidak lengkap atas pelbagai faktor.

“Pertamanya adalah dokumen tidak mencukupi, diikuti rekod kredit yang lemah, di mana kami boleh menyemak rekod dan ketiganya adalah keterangan mengenai perniagaan yang tidak mencukupi (potensi perniagaan),” katanya.

Wee berkata bagaimanap­un mereka tidak akan menolak permohonan berkenaan sebaliknya mencari jalan penyelesai­an dengan berbincang selain menyediaka­n panduan kepada PKS untuk membantu mendapatka­n geran.

“Kami menyediaka­n panduan kepada mereka sama ada dapat dibantu atau tidak dan bukan terus menolak permohonan tetapi menyediaka­n kemudahan terbaik kepada mereka ini,” tegasnya.

Beliau berkata proses permohonan pinjaman berkenaan dilaksanak­an secepat mungkin dalam masa tidak sampai 10 hari jika tidak ada masalah dan perlu dibayar balik dalam tempoh lima tahun.

Datuk Dr Wee Ka Siong Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? KEMUDAHAN: Wee (kiri) diiringi Dr Sim (kanan) dan Foo (dua kanan) serta yang lain ketika melawat kaunter agensi penyedia kewangan termasuk perbankan yang turut terlibat pada Jerayawara Kewangan SAME pertama di Sarawak, semalam.
KEMUDAHAN: Wee (kiri) diiringi Dr Sim (kanan) dan Foo (dua kanan) serta yang lain ketika melawat kaunter agensi penyedia kewangan termasuk perbankan yang turut terlibat pada Jerayawara Kewangan SAME pertama di Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia