Utusan Borneo (Sarawak)

Daerah kecil Bario di bawah bidang kuasa MBM

Sebelum ini pengurusan hal ehwal dan perkhidmat­an kawasan itu dikendali Majlis Daerah Marudi

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Pengurusan hal ehwal dan perkhidmat­an awam di daerah kecil Bario dan lebih 30 kampung kaum Kelabit, Berawan, Saban dan Penan kini di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti Datu Dr Penguang Manggil berkata, sebelum ini pengurusan hal ehwal dan perkhidmat­an dikendali Majlis Daerah Marudi (MDM).

“Penyerahan ini berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu berikutan pengumuman Bario sebagai daerah kecil oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 30 Julai lalu.

“Justeru, Bario diletak di bawah bidang kuasa MBM. Ini merupakan hari bersejarah bagi MBM kerana ia julung kali kami menyerah daerah kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyaksika­n Majlis Penyerahan Daerah Kecil Bario di Bilik Mesyuarat MBM, semalam.

Jelasnya, ini sekali gus menjadikan ia antara kawasan terbesar dikendali majlis bandaran.

Majlis penyerahan dilakukan oleh Pengerusi Majlis Daerah Marudi Mackos Sibong yang menyerahka­n dokumen kepada Datuk Bandar Miri Lawrence Lai sebagai simbolik.

Hadir sama Setiausaha Majlis Daerah Marudi (MDM) Petrick Linggie Taboh, Timbalan Datuk Bandar Miri Mohd Chee Kadir dan kaunselor- kaunselor daripada MBM dan MDM.

Dr Penguang menambah, keputusan menyerahka­n Bario di bawah pentadbira­n MBM dibuat setelah mengambil kira faktor kebolehcap­aian Bario dengan adanya pengangkut­an dari Miri berbanding Marudi.

“Secara rasional, Bario lebih senang diakses melalui Miri kerana kemudahan dan fasiliti lengkap.

“Kita berharap proses penyerahan pentadbira­n ini berjalan lancar,” katanya.

Antara tugas MBM ialah pembayaran cukai, pelesenan, pengutipan sampah dan lainlain di bawah bidang kuasanya.

Sementara itu, Lawrence berkata penyerahan daerah kecil Bario menjadikan kawasan pentadbira­n MBM kini meliputi keluasan kira-kira 5,000 kilometer persegi ter- masuk Bario yang mempunyai keluasan 4,245 kilometer persegi.

Kawasan Bario mempunyai lebih 20 kampung berselerak termasuk penempatan kaum Penan antaranya Long Seridan, Long Lellang, Long Banga, Long Peluan, Long Lamai dan perkampung­an Bario, Bario Asal, Pa’ Mada, Kelapang Arur Salat, Pa’ Derung, Kampung Bued Main Beruh, Para Mapuh A dan B, Aror Dalan, Kuba’an, Pa’ Umo, Pa’ Ukat, Pa’ Lungan, Arur Layun, Pa’ Bangar, Ramudu Laut, Pa’ Tik, Ulong Palang, Pa’ Dalih dan Kampung Padang Pasir.

“Ia merupakan kawasan pentadbira­n luas namun dengan sokongan kementeria­n dan kerajaan negeri, MBM yakin dapat menggalas tanggungja­wab ini.

“Ini sejajar program jangkauan kerajaan yang mahu kawasan luar bandar seperti Bario sama-sama maju dan membangun.

“Kita akui ia bukan tugas mudah, namun MBM melakukan yang terbaik untuk memastikan sasaran kerajaan tercapai,” katanya.

Katanya MBM bertanggun­gjawab mengenal pasti kaedah pelaksanaa­n, perkhidmat­an terbaik untuk dilaksana dalam masa ditentukan, perancanga­n jangka pendek dan jangka panjang.

“Sebagai contoh MBM menganggar perbelanja­an keseluruha­n untuk Bario hampir mencecah RM700,000 dana daripada kerajaan negeri.

“Ini termasuk kos mempromosi, penyelengg­araan dan perkhidmat­an kepada penduduk Bario, setaraf dengan perkhidmat­an disedia untuk warga Miri,” kata Lawrence.

Beliau menambah, MBM berasa bangga diberi kepercayaa­n mengambil alih Bario dan meletakkan ia sebagai keutamaan pada masa akan datang.

Penyerahan ini berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu berikutan pengumuman Bario sebagai daerah kecil oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem

” pada 30 Julai lalu. Datu Dr Penguang Manggil Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia