Utusan Borneo (Sarawak)

1,613 keluarga terima bantuan wang ihsan banjir

-

KUCHING: Seramai 1,613 keluarga yang terjejas banjir pada tahun lepas menerima bantuan wang ihsan banjir daripada kerajaan sebanyak RM500 setiap keluarga semalam.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senator Datuk Dr Sim Kui Hian berkata sumbangan itu akan diedarkan oleh Pejabat Daerah Kuching.

“Bagaimanap­un, ia adalah kali terakhir Pejabat Daerah Kuching akan mengendali­kan perkara ini yang akan dipertangg­ungjawabka­n kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM) untuk mengendali­kannya.

“Mereka bukan sahaja menyelamat bahkan membantu memberi sumbangan kepada mangsa bencana alam dan apa yang kami harapkan agar kerjasama antara agensi awam ini akan berterusan.

“Malang sekali, kita sedang menghadapi musim kemarau sekarang dan ia sungguh tidak dijangka-jangka.

“Kita berharap kerajaan akan membantu dalam membangunk­an infrastruk­tur bagi mengekang banjir daripada berlaku kerana cuaca hujan dan jerebu merupakan fenomena yang tidak dapat dikawal,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Bantuan Wang Ihsan Banjir Daerah Kuching di Dewan Suarah Kuching semalam.

Ujar beliau lagi, bantuan yang tidak seberapa itu diharap sedikit sebanyak meringanka­n beban penerima untuk menyelengg­ara kerosakan rumah ketika banjir tidak lama dahulu.

Sumbangan bantuan yang sama akan diberikan untuk mangsa di kawasan Padawan yang akan diadakan di Dewan Masyarakat Siburan.

Mereka yang menerima bantuan tersebut adalah dari Sekama Utara, Selangan Batu, Beradek, Semilang, Tabuan Lot, Bintawa Hilir, Panglima Seman, Bintawa Tengah, Bintawa Ulu, Pasir Pandak, Sourabaya Hilir, Gersik, Kampung No.5 dan No.6, Parit Lama, Dagok Barat, Laruh Barat, Temedak Muhibah, Kampung Patingan, Sungai Maong, Sungai Maong Tengah, Kudei Lama, Kudei Baru dan Lada Pedas.

Termasuk Pinang Jawa, Gita Laut, Gita Lama, Gita Baru, Gita Tengah, Taman Mawar, Sungai Tengah, Taman Malihah Fasa 1, Paroh, Sejijak, Sinjan, Tupong Tengah, Tupong Jaya, Rantau Panjang, Desa Ria, Setinggan Desa Ria, Penempatan Semula Desa Wira, Kampung Sinar Budi Baru, Sinar Budi Lama, Kampung Segobang Batu Kawa, Kampung Surih Batu Kawa, Batu Kawa, Batu Kitang Lama, Batu Kitang Jaya dan Sebuah.

 ??  ?? TERIMALAH: Dr Sim (lima kiri) menyerahka­n wang ihsan banjir kepada salah seorang penerima yang terjejas di Dewan Suarah Kuching, semalam.
TERIMALAH: Dr Sim (lima kiri) menyerahka­n wang ihsan banjir kepada salah seorang penerima yang terjejas di Dewan Suarah Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia