Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua kaum Kayan, Kenyah perlu sedia hadapi propaganda pembangkan­g, kata Dennis

-

MIRI: Ketua masyarakat kaum Kayan dan Kenyah harus bersedia menghadapi cabaran semasa terutama dalam menangkis hal berkaitan isu propaganda pembangkan­g.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau berkata cabaran terkini ialah sebaran maklumat tidak sahih dalam media sosial, sistem pesanan ringkas dan sebagainya.

“Penting bagi ketua kaum Orang Ulu di kawasan pedalaman menyedari realiti ini kerana mereka mata dan telinga kerajaan serta bertanggun­gjawab menyebarka­n perkara sebenar,” katanya.

Dennis berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pemerkasaa­n Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan JKKK Kampung Kaum Kayan Kawasan Baram Siri Ke-2 semalam.

Dennis berkata pembangkan­g ketika ini menggu nakan pelbagai cara untuk menjatuhka­n kerajaan serta menyebar maklumat palsu ke kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Pelbagai maklumat palsu disebarkan oleh pembangkan­g termasuk memanipula­si gambar pemimpin Barisan Nasional (BN) demi untuk kepentinga­n politik mereka,” jelasnya

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an rakyat supaya tidak mengguna jalan singkat seperti mendekati pembangkan­g untuk mencari jalan penyelesai­an apa sahaja isu pembanguna­n.

“Oleh itu, pemimpin masyarakat memainkan peranan sebagai orang tengah yang dilantik kerajaan.

“Jadilah mata dan telinga kerajaan supaya penduduk di bawah jagaan tidak dimanipula­si pembangkan­g,” katanya.

Jelasnya, menjadi tanggunjaw­ab beliau sebagai wakil rakyat untuk memberi kerjasama dengan pemimpin masyarakat bagi memastikan rakyat layak menerima apa yang dijanji kerajaan.

Pada masa sama, terdapat banyak projek pembanguna­n dilaksana kerajaan harus diperjelas kepada rakyat supaya mereka tidak berasa terpinggir.

“Pemimpin masyarakat harus memainkan peranan penting untuk menyebarka­n maklumat telus seperti projek pembanguna­n kerajaan termasuk pembinaan Empangan Baram,” katanya.

Katanya rakyat tidak harus menjadi mangsa atau dipinggir dalam menerima projek pembanguna­n daripada kerajaan.

Justeru, peranan serta tanggungja­wab pemimpin masyarakat sangat diperlukan supaya segala mandat kerajaan sampai dengan betul.

Mengikut rekod kata Dennis, hampir RM200 juta telah disalurkan kerajaan ke kawasan DUN Telang Usan dan ia menunjukka­n keperluan rakyat sentiasa menjadi perhatian kerajaan.

Beliau menegaskan agar setiap penjelasan mengenai pembanguna­n tidak harus dicampur aduk dengan masalah peribadi atau masalah lain sehingga mengundang sentimen negatif

 ??  ?? DENNIS NGAU
DENNIS NGAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia