Utusan Borneo (Sarawak)

Fahami dengan teliti permasalah­an dihadapi sebelum buat laporan polis

-

KUCHING: Masyarakat harus memahami dengan teliti setiap permasalah­an yang dihadapi sebelum membuat laporan polis, jelas Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Dr Chai Khin Chung.

Menurutnya, selain kes jenayah, masyarakat boleh merujuk kepada mana-mana agensi kerajaan yang bertanggun­gjawab seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sebagainya.

“Sebagai contoh, jika berkaitan lesen pusat hiburan, seelok- eloknya minta penjelasan daripada PBT terlebih dahulu dan jika berkaitan tanah sila berhubung dengan Jabatan Tanah dan Survei.

“Jangan terus membuat laporan polis kerana tidak semua kes seperti ini di bawah bidang kuasa polis kecuali kes yang melibatkan kesalahan jenayah,” katanya ketika berucap sempena lawatan kerjanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching semalam.

Justeru, Chai amat mengharapk­an kerjasama semua pihak terutama agensi kerajaanya­nglaindala­mbersama sama membantu menyelesai­kan masalah yang dihadapi masyarakat.

“Kalau semua polis yang ambil tindakan tidak ‘cantik’ juga, tetapi kita bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak terutama agensi-agensi kerajaan dalam bersama- sama membantu masyarakat,” kata Chai.

Selain itu, difahamkan kadar jenayah khususnya di Kuching menunjukka­n keadaan terkawal.

Chai dalam lawatan kerjanya itu turut menyaksika­n upacara serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Daerah ( Pentadbira­n) Kuching di antara Superinten­den Entusa Imam dengan DSP Lim Nee Kon.

Difahamkan, Entusa yang sudah berkhidmat dengan PDRM selama 35 tahun dan menyandang jawatan timbalan ketua polis daerah Kuching sejak Februari tahun lepas bersara bermula hari ini.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad dan Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) DSP Lim Bak Phai

 ??  ?? SERAH TUGAS: Entusa (dua kiri) menyampaik­an dokumen serah terima tugas kepada Lim sambil disaksikan Chai (tengah) bersama Roslan (kiri) dan Lim.
SERAH TUGAS: Entusa (dua kiri) menyampaik­an dokumen serah terima tugas kepada Lim sambil disaksikan Chai (tengah) bersama Roslan (kiri) dan Lim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia