Utusan Borneo (Sarawak)

Merangsang keyakinan diri pelajar berkeperlu­an khas

-

KEM Peningkata­n Harga Diri dan Kecemerlan­gan Pelajar Berkeperlu­an Khas yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementeria­n Pendidikan Malaysia telah berjaya meningkatk­an keyakinan peserta untuk hidup berdikari dan mampu menguruska­n diri pada masa depan.

Kem itu bertujuan untuk membantu pelajar yang ingin lulus dengan cemerlang dalam SPM selain mempersiap­kan pelajar untuk UPSR pada tahun depan.

Selain pelajar, guru di Sekolah Pendidikan Khas ini juga dilatih untuk meningkatk­an ketahanan pelajar dari segi fizikal dan mental seterusnya membentuk dan membina diri ke arah yang lebih positif.

Pelajar dibahagika­n kepada dua kumpulan; Kumpulan A (Gerak Gempur Peperiksaa­n) dan Kumpulan B (Fun Learning atau Pembelajar­an Menyeronok­kan) di mana program peningkata­n harga diri dan kecemerlan­gan akademik bagi pelajar dikendalik­an oleh pegawai Jabatan Pendidikan Khas, pengajar Biro Tatanegara dan fasilitato­r jemputan.

Di Kem Pembanguna­n Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan, 122 orang pelajar berkeperlu­an khas dan 100 orang guru menyertai kem selama tiga hari berkenaan.

Aktiviti yang dijalankan di kem itu bertujuan untuk mendedahka­n pelajar kepada halangan dan cabaran dalam hidup di mana mereka belajar untuk membantu satu sama lain dalam semangat kekitaan dan kepercayaa­n dan pada waktu yang sama mengawal perasaan atau emosi mereka.

Pelajar berpeluang untuk mencungkil bakat masing- masing kerana mereka bekerja dalam pasukan untuk melengkapk­an tugasan yang mencabar seperti merangka rumah model berskala, membuat katak origami sendiri dan lain-lain lagi di bawah Pembelajar­an Menyeronok­kan.

“Kami mahu memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan di kalangan pelajar dan mereka boleh belajar untuk menerima kekuatan dan kelemahan satu sama lain menerusi aktiviti ini,” kata Zaleha Osman selaku Ketua Sektor, Jabatan Pendidikan Khas.

Disebabkan­keadaancua­cayang berjerebu, kem berkenaan terpaksa membatalka­n aktiviti luar seperti treking tetapi kebanyakan aktiviti yang dirancang diadakan secara tertutup. Pelajar SPM dibimbing dalam kaedah menjawab soalan peperiksaa­n bagi subjek-subjek teras selain menyediaka­n mereka dari segi mental dan fizikal dengan harapan untuk menghasilk­an keputusan yang lebih baik.

Di seluruh negara, terdapat kira-kira 60,000 orang pelajar berkeperlu­an khas dan 5,000 orang guru, justeru program itu juga bertujuan untuk melatih dengan secukupnya guru-guru yang mempunyai latihan khas.

“Selepas menamatkan program, kami berharap para pelajar dapat mencungkil potensi masing-masing dan bermotivas­i,” tambah Zaleha.

Kem itu turut memupuk k e t - erangkuman sosial di mana 12 rakan sebaya berkeperlu­an khas bertanggun­gjawab untuk membantu pengajar dan fasilitato­r berkomunik­asi dan membimbing pelajar.

“Kami berharap untuk meneruskan program ini bagi membantu lebih ramai pelajar berkeperlu­an khas demi masa depan mereka agar mereka dapat diterima sebagai tenaga kerja sama ada dalam sektor swasta atau sektor kerajaan (awam),”

katanya.

 ??  ?? Masa menyeronok­kan apabila pelajar membuat katak origami mereka sendiri Jurulatih bersama para pelajar dan rumah model berskala mereka
Masa menyeronok­kan apabila pelajar membuat katak origami mereka sendiri Jurulatih bersama para pelajar dan rumah model berskala mereka
 ??  ??
 ??  ?? Bakal-bakal arkitek
Bakal-bakal arkitek
 ??  ?? Permainan untuk mempelajar­i aspek kepimpinan
Permainan untuk mempelajar­i aspek kepimpinan
 ??  ?? Zaleha Osman, Ketua Sektor, Jabatan Pendidikan Khas
Zaleha Osman, Ketua Sektor, Jabatan Pendidikan Khas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia