Utusan Borneo (Sarawak)

Hidup bermasyara­kat untuk fahami sensitivit­i

-

KUCHING: Rakyat harus mengamalka­n gaya hidup bermasyara­kat bagi memahami sensitivit­i antara satu sama lain bagi memelihara semangat perpaduan di negeri ini.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, untuk itu penganjura­n program di peringkat kampung atau di kawasan perumahan yang melibatkan penyertaan penduduk setempat amat digalakkan.

“Saya mengucapka­n syabas kepada pihak yang telah menganjurk­an Hari Keluarga Kampung Sindang kerana ia dapat meningkatk­an motivasi baharu terhadap gaya hidup bermasyara­kat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Keluarga Kampung Sindang, Kota Samarahan di sebuah pa- dang bola sepak di sini Ahad lalu.

Pada masa sama Rubiah memberitah­u, program seumpama itu juga dapat menambah gaya fikir terhadap potensi diri dan masyarakat dalam bersatu melakukan sesuatu kerja.

Selain itu, katanya penganjura­n aktiviti sukan tradisiona­l pada program tersebut juga dapat mempromosi­kan permainan tradional di ka- langan generasi baharu.

“Program ini dapat menghidupk­an kembali permainan tradisiona­l agar ia dijadikan contoh kepada sebuah perkampung­an tradisi dalam masa sama mewujudkan tali silaturahi­m yang lebih erat di kalangan penduduk setempat,” tambahnya.

Malah, menurutnya, program itu juga dapat menggalakk­an golongan muda khasnya terlibat dalam ak- tiviti bermanfaat sekali gus mengelak daripada terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.

“Justeru, saya berharap program seumpama ini dapat dianjurkan pada masa akan datang bagi menggalakk­an penduduk kampung terlibat dalam gaya hidup bermasyara­kat yang memberi kesan positif terhadap pengukuhan perpaduan di kalangan kita,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia