Utusan Borneo (Sarawak)

Ugut dan pecah pasu hotel, warga asing didenda

-

MIRI: Gara-gara melakukan ugutan jenayah dan memecah dua pasu milik sebuah hotel, seorang lelaki warga asing didenda RM8,000 atau tujuh minggu penjara oleh Mahkamah Majistret kelmarin.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Lovely Natasha Charles setelah menimbang beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan dilakunya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Remi Kuipers, 41, dari Belanda telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang mem- peruntukka­n hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati melakukan ugutan jenayah dengan niat menakutkan seorang pekerja hotel, Vinistis Lenya Liyong.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7.40 malam, 24 September lalu di lobi sebuah hotel di Jalan Merbau di sini.

Selain itu, tertuduh yang bekerja sebagai mekanik di Brunei turut didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan memecahkan dua pasu bernilai RM500 milik hotel yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan di tempat yang sama.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh didenda RM6,000 atau sebulan penjara dan denda RM2,000 atau tiga minggu penjara bagi kesalahan kedua.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Nor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia