Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki enggan terima teguran tergamak tetak abang

-

KUCHING: Gara- gara enggan menerima teguran, seorang lelaki tergamak mencederak­an abangnya sendiri di kediaman mereka di Kampung Goebilt, petang Ahad lalu.

Lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai di bawah pengaruh alkohol apabila bertindak agresif selepas ditegur oleh abangnya.

Dia dikatakan mengambil objek tajam di dapur, dipercayai parang lalu menetak bahagian belakang kepala dan tangan abangnya, sebelum melarikan diri.

Suspek bagaimanap­un dikatakan kembali semula ke rumah untuk menyerah diri dan kemudianny­a ditangkap oleh polis peronda yang bergegas ke tempat kejadian susulan menerima laporan mengenai pergaduhan itu kira- kira jam 5 petang.

Polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Siasatan sedang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia