Utusan Borneo (Sarawak)

Bersalah kes serangan, dua dipenjara

-

SIBU: Dua warga asing masing-masing dijatuhkan hukuman penjara selama setahun serta dua sebatan oleh Mahkamah Majistret semalam kerana didapati bersalah menyerang orang lain.

Jevry Yanti Nenibaius dari Timor Leste dan Juki Ngajo dari Maumare, Flores, Indonesia mengaku bersalah terhadap tuduhan bersama itu.

Mereka didakwa kerana mencederak­an dengan sengaja Francis Semunit Gau dengan memukul mangsa menggunaka­n bata.

Kejadian itu berlaku di Rumah Panjang Koyan Lama di daerah Belaga kira-kira jam 9 malam pada 20 September lalu.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau sebatan atau manamana dua daripada hukuman tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia