Utusan Borneo (Sarawak)

Lot 777 tapak sementara peniaga Tamu Limbang

-

LIMBANG: Pihak berkuasa tempatan ( PBT) akan menyediaka­n kemudahan berniaga lebih selesa di tapak sementara Lot 777 berikutan kerja penambahba­ikan Bangunan Tamu Limbang yang semakin usang bermula awal Oktober depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail berkata lebih 200 peniaga termasuk peniaga runcit, sayur dan peniaga kedai makan akan terlibat dalam pemindahan ke tapak sementara di Lot 777.

Jelasnya kerja pemindahan itu terpaksa dilakukan memandangk­an Bangunan Tamu Limbang yang menjadi ikon dan tumpuan penduduk serta pengunjung luar sudah dalam keadaan usang.

“Pemindahan ke tapak sementara ini terpaksa dilakukan demi kebaikan semua peniaga. Kami cuba memenuhi keperluan menyediaka­n kemudahan selesa di Lot 777 dan harap mereka faham,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) 2015 di Majlis Daerah Limbang (MDL) semalam.

Turut sama ialah Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat, wakil Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Pembanguna­n Komuniti Sarawak Sharifah Zakiah Tu- anku Fauzi, Setiausaha MDL Gustian Durani dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Annuar Naim.

Dr Rahman menjelaska­n, antara kemudahan yang disedia termasuk bekalan elektrik, bekalan air, kanopi dan kemudahan lain.

Beliau juga tidak menolak kemungkina­n isu permindaha­n terbabit akan diprbesark­an oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Apa yang penting niat kerajaan baik dan akhirnya peniaga akan faham dan masalah ini akan dapat diatasi,”jelasnya.

Kerja menaik taraf Bangunan Tamu Limbang akan menelan masa hingga empat bulan.

Projek menaik taraf bangunan itu dilakukan selepas menerima peruntukan RM1 juta daripada bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa lawatan terakhirny­a ketika memegang jawatan nombor dua negara ke Limbang Mei lepas.

Terdahulu pada majlis itu Dr Rahman berkata golongan miskin di bandar akan bertambah berikutan berlakunya penghijrah­an penduduk luar bandar ke kawasan bandar.

“Tidak semua penduduk yang berhijrah ke bandar mendapat pekerjaan, mereka berdepan kesempitan hidup dan akhirnya menjadi faktor berlakunya kemiskinan.

“Apabila penduduk miskin di bandar bertambah, ia juga mnyebabkan pertambaha­n masalah sosial seperti mencuri dan merompak akibat kesempitan hidup,” tambahnya.

Katanya kerajaan melihat isu kemiskinan di bandar secara serius dan perlu ditangani.

“Limbang tidak berdepan masalah kemiskinan bandar yang serius berbanding bandar- bandar besar lain,”ujarnya.

Bagaimanap­un katanya, kerajaan turut menyediaka­n bantuan di bawah PPKB bagi meringanka­n beban golongan sasar agar mereka lebih berusaha dan keluar daripada kitaran kemiskinan.

“Selain berusaha, kita mahu mereka berusaha lebih gigih untuk keluar dari garis kemiskinan serta menitikber­atkan aspek pendidikan.

“Malah pelbagai institusi pendidikan yang disediakan kerajaan bagi memudahkan rakyat mendapat pendidikan secukupnya dan menjadi orang yang berjaya,”ujarnya.

Seramai 16 penerima menerima PPKB 2015 pada program itu membabitka­n peruntukan RM375,000.

Daripada jumlah itu lima penerima menerima bantuan sewa rumah, enam penerima mendapat bantuan bina rumah baharu, dua penerima mendapat kiosk penjaja dan tiga penerima di bawah Program 1AZAM (AZAM Niaga).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia