Utusan Borneo (Sarawak)

Jabu mohon bina CENTEX di Betong

-

BETONG: Kerajaan Barisan Nasional(BN) memberi fokus utama untuk membangun infrastruk­tur luar bandar termasuk bidang pendidikan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Katanya bagi merealisas­i impian itu, beliau telah memohon membina sebuah lagi pusat pendidikan di Betong iaitu Pusat Kecemerlan­gan Teknikal( CENTEX) iaitu yang kedua di Sarawak selepas Lundu.

“Inilah usaha kita demi pendidikan generasi akan datang,” katanya ketika menyempurn­akan Program Klinik Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Daerah Betong yang dilangsung­kan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Betong di sini semalam.

Katanyausa­haberterus­anakan dilakukan bagi yang terbaik untuk rakyat serta generasi akan datang selain memperjuan­g agenda BN yang tidak berbelah bahagi membangunk­an negeri ini.

“Sejak dahulu lagi kita merancang pelbagai perkara terutama membangunk­an institusi pendidikan di sini bagi kemudahan bersama.

“Kitatelahb­erjayamend­irikan MRSM, Kolej Vokasional(KV), GIATMARA, Kolej Komuniti, sekolah menengah dan rendah, tadika malah kita juga mempunyai Politeknik Metro.

“Dalam usaha ini juga kita telah memohon untuk membina CENTEX, yang pertama dilancarka­n perasmian pecah tanah oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di Lundu dan kita mengimpika­n agar yang kedua dibina di sini,” katanya.

Sementara itu seramai 766 pelajar daripada enam sekolah menengah di daerah Betong menyertai Klinik Matematik SPM Daerah Betong 2015 sebelum menghadapi peperiksaa­n SPM yang bakal diduduki sebulan dari sekarang

Antara sekolah terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Augustine dengan seramai 160 pelajar, SMK Datuk Patinggi Kedit(73), SMK Spaoh(155), SMK Ulu Layar(50), SMK Saribas(180) dan MRSM Betong (148).

Selain itu seramai 35 guru turut mengiringi dan berkongsi panduan serta pengalaman bersama tenaga pakar yang dijemput khas sebagai fasilitato­r dalam program tersebut.

Program yang dianjurkan bersama Pejabat Residen Bahagian Betong dan Pejabat Pendidikan Daerah Betong telah mendapat suntikan kewangan daripada Jabu sendiri, berjaya dilangsung­kan selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 September ini.

Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Betong Galong Luang, Pegawai Pendidikan Daerah Betong Sapawi Mahdi, Pengetua MRSM Betong Mohamad Zaki Abdul Rashid, Setiausaha Politik Datuk Amar Douglas Uggah Embas iaitu Dr Richard Rapu, Ketua-ketua jabatan dan masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia