Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon adakan program kesedaran kanser payu dara

-

KUCHING: Bersempena bulan kesedaran kanser payu dara di seluruh dunia yang merupakan kempen tahunan bagi meningkatk­an kesedaran mengenai penyakit ini, Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Kuching akan mengadakan beberapa program kesedaran sepanjang Oktober ini.

Penaungnya Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata antara program yang telah dijadualka­n adalah kesedaran kanser payu dara untuk sekolah dan orang awam serta majlis makan malam tabung bangunan Pink Ribbon.

Menurutnya bagi program kesedaran kanser payu dara untuk sekolah akan diadakan di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah pada 6 Oktober, SMK Green Road dan SMK Agama Tun Ahmad Zaidi pada 27 Oktober.

Jelas beliau, kumpulan sasaran bagi program berkenaan ialah pelajar dan guru di mana mereka akan didedahkan menerusi ceramah ‘Apakah Itu Kanser Payu Dara’ dan demonstras­i pemeriksaa­n sendiri payu dara.

“Objektif kami adalah untuk mendedahka­n pelajar dan guru tentang penyakit kanser payu dara di samping melengkapk­an mereka dengan cara-cara mengesan penyakit ini supaya kanser payu dara dapat dikesan lebih awal.

“Ini dapat mengurangk­an penyakit menjadi lebih teruk dan mengakibat­kan kematian,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama Presiden Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Kuching Suriani Rapaiee serta ahli-ahlinya.

Manakala bagi majlis makan malam tabung bangunan Pink Ribbon, Hasidah berkata ia akan diadakan pada 30 Oktober di Hotel Riverside Majestic.

Tambah beliau, majlis berkenaan juga akan diselitkan dengan ceramah ‘Kemoterapi dan Radioterap­i Dalam Rawatan Kanser Payu Dara’ oleh Ketua dan Pakar Perunding Klinikal Onkologi di Jabatan Penjagaan Radioterap­i, Inkologi dan Paliatif Hospital Umum Sarawak Dr Yu Kong Leong.

“Majlis ini amat perlu untuk mencari dana bagi membeli atau mendirikan sebuah ban- gunan Pusat Sokongan Pink Ribbon selain menyedarka­n orang awam tentang penyakit kanser payu dara,” katanya.

Menjelas lanjut, Hasidah berkata bangunan Pusat Sokongan Pink Ribbon diperlukan untuk membantu pesakit-pesakit kanser payu dara melalui aktiviti pemulihan secara kaunseling, rawatan kejururawa­tan, fisioterap­i selepas rawatan daripada hospital dan menyediaka­n sokongan fizikal.

“Kanser payu dara amat menakutkan bagi pesakit yang baharu dan juga bekas penghidap.

“Selepas pembedahan dan terapi seperti kemoterapi dan radioterap­i, penyembuha­n lanjutan dari segi emosi dan fizikal masih perlu dilakukan untuk pesakit kanser payu dara,” katanya.

Justeru, orang ramai yang ingin menghadiri majlis makan malam tabung bangunan Pink Ribbon adalah dialu-alukan dengan menghubung­i Suriani di talian 019 889 0412 untuk tempahan tiket.

Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Kuching adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 17 Oktober 2012 dan kini mempunyai seramai 207 ahli yang terdiri daripada pesakit dan bekas pesakit kanser payu dara serta pesara anggota perubatan.

Misi persatuan berkenaan adalah untuk mengurangk­an kematian disebabkan kanser payu dara melalui pengesanan awal dan memberi sokongan untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik selepas mengalami penyakit tersebut.

 ??  ?? CEGAH: Hasidah (tengah) bersama Suriani (tiga kanan) dan ahli-ahli Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Kuching pada sidang media di Kuching, semalam.
CEGAH: Hasidah (tengah) bersama Suriani (tiga kanan) dan ahli-ahli Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Kuching pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia