Utusan Borneo (Sarawak)

Mohamad Khir jalani hukuman penjara 12 bulan

Gagal dalam rayuan terhadap sabitan menggunaka­n kedudukan untuk memperoleh tanah dan banglo

-

Begitu juga dengan program khidmat masyarakat. Dalam apa-apa keadaan, khidmat masyarakat adalah opsyen hanya untuk kes pesalah muda mengikut Seksyen 293 Kanun Acara Jenayah, khidmat masyarakat bagi kes ini tidak terpakai

” kepada perayu (Dr Mohamad Khir).

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman penjara 12 bulan selepas beliau gagal dalam rayuan terakhirny­a terhadap sabitan menggunaka­n kedudukann­ya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas.

Panel lima hakim yang dipengerus­ikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata hukuman penjara itu sesuai dan wajar bagi kesalahan itu.

“Rasuah dalam semua cara dan bentuk tidak boleh dibiarkan. Hukuman denda tidak dapat menghantar mesej itu.

“Begitu juga dengan program khidmat masyarakat. Dalam apa-apa keadaan, khidmat masyarakat adalah opsyen hanya untuk kes pesalah muda mengikut Seksyen 293 Kanun Acara Jenayah, khidmat masyarakat bagi kes ini tidak terpakai kepada perayu (Dr Mohamad Khir),” kata Hakim Zulkefli dalam mahkamah yang penuh sesak.

Beliau berkata kesalahan itu, yang telah menjejaska­n keyakinan orang ramai terhadap kerajaan, bukan perkara kecil dan penjara setahun, yang tidak dirayu oleh pihak pendakwa raya, tidak terlalu berat.

“Perayu telah memperguna­kan kedudukann­ya. Satu daripada tujuan Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah untuk mencegah rasuah seumpama itu,” katanya.

Selepas keputusan itu, Dr Mohamad Khir, 50, yang kelihatan tenang dilihat bercakap dengan pasukan peguam mewakiliny­a termasuk Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau kemudian berpaling menghadap ke arah galeri awam dan berkata “Terima Kasih semua” sebelum dibawa ke lokap mahkamah.

Isterinya, Zahrah Kechik, 50, yang juga kelihatan tenang, mengiringi suaminya ke lokap mahkamah sebelum suaminya dihantar ke penjara Kajang dengan kereta polis pada jam 2.52 petang.

Pada 22 Sept, Mahkamah Persekutua­n menolak rayuan akhir Dr Mohamad Khir dan mengekalka­n sabitan terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahny­a, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Dis 2004.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Dr Mohamad Khir yang merupakan doktor gigi membawa kesnya ke Mahkamah Persekutua­n selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 30 Mei 2013.

Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam penghakima­nnya, Hakim Zulkefli berkata panel tidak dapat bersetuju dengan hujahan Muhamad Shafee bahawa perkara pokok dalam soal tanah itu adalah wang bezaan.

Beliau berkata dengan sabitan itu, Dr Mohamad Khir tidak dapat mengelak hartanah dalam kes itu dirampas.

“Dalam kes ini bank yang mengeluark­an caj berhak terhadap caj itu, bukan pemilik. Terdapat halangan pada tanah yang diperkatak­an ini. Kami, dengan itu sebulat suara mengekalka­n perintah perampasan tanah itu tetapi tertakluk kepada caj itu,” katanya.

Menurutnya tanah itu tidak akan dirampas secara sewenang-wenangnya dan perampasan itu adalah mengikut undang-undang.

Beliau berkata Dr Mohamad Khir dan isterinya ialah pemilik berdaftar dan dengan itu mereka pemilik tanah itu.

Hakim juga berkata untuk menyatakan bahawa dalam memutuskan hukuman sesuai pihak mahkamah telah mengambil pertimbang­an kepentinga­n awam, adalah ungkapan lapuk.

Beliau berkata prinsipnya adalah hukuman dijatuhkan mahkamah tidak wajar diubah kecuali ia benar-benar terkhilaf, iaitu dari segi tidak sah atau tidak sesuai untuk membuktika­n fakta dan keadaan.

Hakim Zulkefli berkata oleh kerana menjatuhka­n hukuman adalah atas budi bicara, mahkamah rayuan tidak perlu tergesa-gesa untuk campur tangan berhubung hukuman dikenakan mahkamah lebih rendah dan faktor rayuan juga tidak boleh diabaikan.

“Mahkamah mempunyai budi bicara untuk bertolak ansur dan berbelas kasihan dengan syarat terdapat keadaan untuk peringanan dan demi kepentinga­n awam untuk berbuat demikian. Tetapi dalam analisis terakhir, hukuman mesti mencermink­an betapa serius atau kecilnya kesalahan itu,” katanya.

Hakim Zulkefli berkata Dr Mohamad Khir dalam rayuannya, antara lain menawarkan untuk melakukan khidmat masyarakat iaitu rawatan pergigian percuma kepada golongan miskin, untuk beberapa hari dalam seminggu bagi tempoh satu atau dua tahun bagi menggantik­an hukuman penjara.

Terdahulu, sebelum mahkamah menjatuhka­n hukuman ke atas anak guamnya, Muhammad Shafee mengadu tentang dua artikel diterbitka­n dalam akhbar The Sun yang menurutnya menimbulka­n prejudis terhadap Dr Mohamad Khir.

Peguam itu berkata artikel itu diterbitka­n selepas mahkamah menangguhk­an semalam untuk keputusan menjatuhka­n hukuman ke atas anak guamnya.

Hakim Zulkefli berkata panel mengambil perhatian aduan Muhammad Shafee tetapi menjelaska­n mahkamah membuat keputusan terhadap kes itu hanya berdasarka­n fakta dan keterangan diberikan di hadapan mereka.

“Tiada daripada laporanlap­oran itu mempengaru­hi kami dalam membuat keputusan. Kami tidak dipengaruh­i oleh mana- mana laporan oleh media,” tegas hakim itu. — Bernama

Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin Hakim Besar Malaya

 ?? — Gambar Bernama ?? KAJI SEMULA: Zulqarnain semalam hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengemukak­an representa­si bagi mengkaji semula pertuduhan terhadapny­a.
— Gambar Bernama KAJI SEMULA: Zulqarnain semalam hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengemukak­an representa­si bagi mengkaji semula pertuduhan terhadapny­a.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIHUKUM: Khir sebelum memasuki kamar mahkamah bagi kes rayuan di Mahkamah Persekutua­n di Istana Kehakiman hari semalam.
— Gambar Bernama DIHUKUM: Khir sebelum memasuki kamar mahkamah bagi kes rayuan di Mahkamah Persekutua­n di Istana Kehakiman hari semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia