Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas penuntut kolej dihukum gantung bunuh pensyarah

-

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabang­sa Cybernatic­s (KTAC) selepas didapati bersalah membunuh pensyarahn­ya, Zara Eleena Omar Peter, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Muhammad Safwan Mohamed, 23, selepas mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Abdul Halim dalam penghakima­nnya berkata keterangan yang ditampilka­n saksi pendakwaan sebelum ini, membawa kepada pensabitan tertuduh terhadap pembunuhan Zara Eleena.

Beliau berkata pembuktian bagi kes pembelaan tertuduh tidak mencukupi dan lebih kepada penafian semata-mata.

“T e r t u d u h n a f i . . . menyebabka­n kematian Zara Eleena. Beliau nafikan penglibata­nnya dalam kesalahan itu secara total.

“Keterangan tertuduh berbeza dengan keterangan saksi pendakwaan,” kata Abdul Halim.

Tambah beliau, sebarang pembelaan mesti disokong bukti- bukti sahih yang meyakinkan tetapi dalam kes itu tiada saksi lain ditampilka­n untuk menyokong pembelaan tertuduh.

Muhammad Safwan, yang memakai jersi berwarna biru, kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan dan dia kemudian dipeluk ibu serta anggota keluargany­a sejurus prosiding selesai.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Fadhli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan.

Seramai 32 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraa­n.

Pada 30 Okt 2014, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaska­n Muhammad Safwan tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan membunuh Zara Eleena dan bapanya Omar Peter Abdullah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Tiga lagi rakannya iaitu Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 23, Mohamad Sharafe Matt Noh, 22, dan Azizi Aizat Ibrahim, 23, bagaimanap­un tidak bernasib baik dan mereka dijatuhi hukuman mati atas tuduhan sama.

Pada 30 Julai lepas, Mahkamah Rayuan mengekalka­n pembebasan Muhammad Safwan daripada tuduhan membunuh Omar Peter, tetapi memerintah­nya membela diri terhadap tuduhan membunuh Zara Eleena, pensyarah Bahasa Inggeris di kolej berkenaan.

Bagaimanap­un, rayuan Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat ditolak dan Mahkamah Rayuan mengekalka­n hukuman mati terhadap mereka kerana membunuh dua beranak itu.

Muhammad Safwan, Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat didakwa membunuh Zara Eleena, 23, seorang kelainan upaya ( OKU) antara jam 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012.

Mereka juga didakwa membunuh bapa pensyarah itu, Omar Peter, 56, pesara syarikat kewangan antara jam 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokanny­a.

Mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di rumah dua beranak terbabit di No. 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia