Utusan Borneo (Sarawak)

13 Okt pendengara­n permohonan KDN tangguh keputusan mahkamah

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 13 Okt untuk mendengar permohonan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) bagi menangguhk­an keputusan mahkamah yang membatalka­n keputusan Menteri Dalam Negeri berhubung penggantun­gan dua akhbar milik The Edge Communicat­ions Sdn Bhd.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Darryl Goon mewakili The Edge Communicat­ions Sdn Bhd dan Peguam Kanan Persekutua­n Suzana Atan mewakili Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri dan Menteri Dalam Negeri.

Suzana ketika ditemui pemberita berkata pihaknya memohon penangguha­n, sementara menunggu rayuan yang difailkan pada 22 Sept lepas berhubung keputusan mahkamah didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Katanya penangguha­n itu termasuk penaksiran ganti rugi dan kos.

“Jika penangguha­n itu tidak dibenarkan, rayuan itu akan menjadi sia-sia. Itu adalah satu keadaan khas yang mewajarkan penangguha­n,” kata Suzana.

Pada 21 Sept lepas, Hakim Asmabi membatalka­n keputusan Menteri Dalam Negeri yang menggantun­g selama tiga bulan penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.

Asmabi turut memerintah­kan supaya ganti rugi dialami dua penerbitan itu dinilai dan menetapkan kos perundanga­n berjumlah RM15,000.

Penerbitan The Edge dan The Edge Financial Daily digantung kerana menyiarkan laporan berhubung isu 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) yang dikatakan mengandung­i penerbitan yang boleh memudaratk­an ketenteram­an awam dan menggugat keselamata­n serta kepentinga­n negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia