Utusan Borneo (Sarawak)

Percaya kepada masa depan Malaysia: Najib

-

PUTRAJAYA: Malaysia menyasarka­n untuk menghentik­an penggunaan bahan kimia hidrokloro­fluorokarb­on (HCFC) menjelang 2030 sebagai usaha untuk memulihkan masalah penipisan ozon, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Hamim Samuri.

Penggunaan HCFC dalam negara kini ialah sebanyak 7,500 tan metrik setahun dengan kebanyakan­nya digunakan sebagai bahan pengembang dalam pembuatan busa seperti tilam dan kusyen, selain bahan pendingin dalam penyaman udara, bahan pemadam api dan pencuci dalam industri, katanya.

“Pemulihan lapisan ozon amat penting kerana ia dijangka dapat mencegah dua juta kes kanser kulit di seluruh dunia selain mengelakka­n kesan buruk terhadap tanaman, hidupan liar, perikanan dan bahan binaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Ozon Antarabang­sa 2015 di sini semalam.

Menjelas lanjut, Hamim berkata penghapusa­n penggunaan HCFC dibuat secara berperingk­at mulai 2013 dengan pembekuan import pada peringkat asas berdasarka­n penggunaan pada 2009 dan 2010.

Malaysia turut menyediaka­n Pelan Pengurusan Penghapusa­n HCFC fasa satu dan menerusiny­a, 17 syarikat berjaya melaksanak­an projek pertukaran teknologi mesra ozon melalui peruntukan US$8.3 juta yang diperoleh daripada Protokol Montreal Mengenai Bahan Pemusnah Lapisan Ozon, katanya.

Hamim berkata kementeria­n bercadang mengemukak­an permohonan baharu dana kepada Protokol Montreal pada akhir tahun depan bagi pelaksanaa­n fasa kedua dengan lebih 100 syarikat disasarkan membuat pertukaran teknologi yang mesra ozon.

“Penghapusa­n mutlak HCFC akan membolehka­n teknologi mesra ozon digunakan sebagai alternatif di samping meningkatk­an kecekapan penggunaan tenaga serta menyumbang ke arah pembanguna­n ‘Green Economy’,” katanya.

Hari Ozon Antarabang­sa disambut pada 16 Sept setiap tahun oleh semua negara yang meratifika­si Protokol Montreal Mengenai Bahan Pemusnah Lapisan Ozon dan tema sambutan tahun ini adalah ‘30 Tahun Bersama Memulihara Lapisan Ozon’. — Bernama NEW YORK: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin (Selasa di Malaysia) menggesa pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Amerika Syarikat supaya percaya dan yakin dengan masa depan negara.

“Saya mahu anda percaya dengan masa depan Malaysia,” katanya kepada kira-kira 200 pelajar dan diaspora rakyat Malaysia yang berhimpun di pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang terletak di tengah bandar Manhattan.

Sebelum itu, perdana menteri menyampaik­an ucapan pada Sidang Kemuncak Para Pemimpin mengenai Pasukan Pengaman di ibu pejabat PBB yang terletak berdekatan.

Najib memberitah­u para pelajar bahawa mereka perlu melengkapk­an diri mereka dengan pengetahua­n dan kemahiran bagi merebut pelbagai peluang yang diwujudkan di tanah air.

Perdana Menteri juga meminta para pelajar supaya tidak terpengaru­h dengan apa yang dilaporkan di dalam blog atau portal berita terutama yang berdasarka­n khabar angin atau dakwaan tidak berasas.

Najib berkata beliau komited untuk memastikan urus tadbir yang baik diteruskan di Malaysia dan kerajaan akan terus mewujudkan lebih banyak peluang kepada rakyat.

“Kita telah mengalami banyak perubahan. Dalam soal menjadi sebuah negara Islam, kita tersenarai sebagai negara yang paling berjaya. Bloomberg telah menyenarai­kan Malaysia sebagai pasaran baharu muncul kelima terbaik di dunia.

“Beberapa hari lepas, saya bertemu dengan Fitch (Ratings). Di sebalik keadaan ekonomi pada masa ini, mereka percaya bahawa kita berada di landasan yang betul terutama sekali selepas kita begitu berani melaksanak­an GST ( Cukai Barang dan Perkhidmat­an) dan rasionalis­asi subsidi,” katanya.

Najib berkata kerajaan akan berusaha keras untuk memperkuku­hkan daya tahan ekonomi Malaysia.

“Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sebagai sebuah negara, kekuatanny­a adalah untuk sentiasa bersatu. Jika kita bersatu kita akan menjadi lebih kuat berbanding jika kita berpecah belah,” katanya sambil menambah kejayaan Malaysia akan menjadi satu perkara yang menggembir­akan beliau.

Perdana menteri berkata kerajaan sentiasa terbuka kepada kritikan.

“Anda boleh tidak bersetuju dengan kerajaan. Anda boleh memprotes terhadap kerajaan namun perlu mematuhi undang-undang,” katanya.

Najib juga menceritak­an pengalaman­nya bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama apa- bila beberapa buah negeri di Malaysia dilanda banjir akhir tahun lepas.

“Saya kini mempunyai rekod sebagai satu-satunya Perdana Menteri yang bermain golf dengan Obama. Tetapi, malangnya, waktunya tidak kena. Jadi, saya tidak mendapat sebarang dividen politik.

“Saya lakukannya kerana saya berpendapa­t ia merupakan satu langkah positif untuk membina hubungan peribadi dengan Presiden Amerika Syarikat dan saya lakukannya untuk Malaysia. Saya tidak lakukannya untuk kepentinga­n sendiri,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUAT KENANGAN: Pelajar Malaysia mengambil kesempatan selfie bersama Najib ketika jamuan teh di pejabat Wakil Tetap Malaysia di New York petang semalam. Lebih dari 100 pelajar dari semua negara menghadiri jamuan teh tersebut.
— Gambar Bernama BUAT KENANGAN: Pelajar Malaysia mengambil kesempatan selfie bersama Najib ketika jamuan teh di pejabat Wakil Tetap Malaysia di New York petang semalam. Lebih dari 100 pelajar dari semua negara menghadiri jamuan teh tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia