Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan laksana format baharu kertas BI UPSR kekal

NUTP menggesa pelaksanaa­nnya ditangguhk­an dahulu

-

PELABUHAN KLANG: Kementeria­n Pendidikan akan meneruskan keputusan untuk pecahkan kertas Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR) kepada pemahaman dan penulisan mulai tahun depan di sebalik gesaan Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan ( NUTP) agar menangguhk­an pelaksanaa­nnya.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata jabatan telah memaklumka­n orang ramai sejak 2010 bahawa perubahan akan dilakukan terhadap format kertas peperiksaa­n Bahasa Inggeris UPSR pada 2016.

“Kita bagi tahu sejak 2010 lagi, perubahan akan berlaku 2016 (untuk format peperiksaa­n Bahasa Inggeris UPSR),” katanya pada sidang media selepas melancarka­n program ‘World’s Largest Lesson’ di Sekolah Kebangsaan ( SK) Pelabuhan Klang di sini semalam.

Dr Khair mengulas kenyataan Presiden NUTP Hashim Adnan bahawa keputusan untuk kertas Bahasa Inggeris UPSR bagi pemahaman dan penulisan dipecahkan kepada dua gred bermula tahun depan

Kita bagi tahu sejak 2010 lagi, perubahan akan berlaku 2016 (untuk format peperiksaa­n Bahasa Inggeris

” UPSR). Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof Ketua Pengarah Pendidikan

patut ditangguhk­an kerana tempoh sebelum pelaksanaa­nnya hanya setahun dan terlalu singkat bagi pelajar dan guru untuk membuat penyesuaia­n terhadap sistem baharu itu.

Beliau dilaporkan berkata tempoh yang sesuai adalah dua tahun bagi pelaksanaa­n format baharu itu.

Pengarah Lembaga Peperiksaa­n Malaysia Datin Nawal Salleh berkata sebelum ini kertas Bahasa Inggeris (BI) bagi pemahaman dan penulisan digabungka­n sebagai satu gred dan hanya kertas Bahasa Melayu (BM) dipecahkan kepada dua gred.

“Langkah untuk mengasingk­an gred bagi pemahaman dan penulis kertas BI adalah selaras dengan usaha untuk meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar,” katanya.

Dr Khair berkata peraturan baharu itu tidak akan menjejaska­n Indeks Petunjuk Prestasi para guru kerana ia diukur berdasarka­n proses pengajaran dan pembelajar­an dan bukannya prestasi pelajar dalam UPSR.

Mengulas program ‘World’s Largest Lesson’ di SK Pelabuhan Klang, Dr Khair berkata inisiatif itu untuk menonjolka­n pentingnya penduduk global mengamalka­n kehidupan lestari dan berusaha bersama-sama untuk mencapai Matlamat Global.

Inisiatif itu, katanya dilancarka­n sebagai sokongan terhadap Matlamat Global bagi Pembanguna­n Lestari yang dilancarka­n pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pembanguna­n Lestari di New York pada 25 Sept.

Pembelajar­an yang dikendalik­an oleh Dr Khair untuk pelajar SK Pelabuhan Klang disiarkan secara langsung menerusi aplikasi ‘Frog Connected Classrooms’, membolehka­n pelajar di 10,000 buah sekolah di Malaysia serta kelas di seluruh dunia akses kepada pelajaran itu mengikut waktu sebenar daripada kemudahan dalam talian sekolah masing-masing yang dijayakan menerusi projek 1BestariNe­t.

Sementara itu, Pengarah Program Yayasan YTL Datin Kathleen Chew, berkata program ‘World’s Largest Lesson’ dijalankan bersempena dengan pelancaran ‘Frog Classroom’ di SK Pelabuhan Klang, inisiatif Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communicat­ions dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu.

“Frog Classroom membolehka­n pelajar akses kepada maklumat di luar kawasan kelas seperti penyumbera­n maklumat daripada Internet dan mengikuti webseminar secara dalam talian yang membolehka­n mereka belajar daripada pakar-pakar tanpa mengira di mana mereka berada,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia