Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada ancaman militan di Jalan Alor

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengesahka­n Jalan Alor di Bukit Bintang di sini telah dibersihka­n daripada sebarang kemungkina­n ancaman militan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata lokasi dan kawasan sekitarnya kini dipantau rapi oleh polis.

“Kami ingin memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa pihak polis sentiasa bersiapa siaga bagi menentukan tidak ada sebarang ancaman keganasan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sdikan fasa pertama sidang pleno Mesyuarat Menteri- menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) kali ke- 10 di sini semalam.

Laporan berita pada Khamis menyebut Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjay­a Tinggi Australia telah mengeluark­an nasihat perjalanan berhubung kemungkina­n serangan pengganas di Jalan Alor dan kawasan sekitar yang mereka percaya boleh berlaku pada hari berkenaan.

Berikutan itu, pada hari yang sama, polis menangkap tiga lelaki terdiri daripada seorang rakyat tempatan, seorang warga Indonesia dan seorang warga Syria bagi membantu dalam siasatan mereka.

Ahmad Zahid juga berterima kasih kepada perisikan Amerika Syarikat atas kerjasama mereka dengan Polis Diraja Malaysia berhubung perkara itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata walaupun isu mengenai jerebu tidak berkaitan secara langsung dengan AMMTC, Ketua Polis Nasional Indonesia Polis Jeneral ( Pol) Badrodin Haiti membawa isu itu untuk perhatian pada mesyuarat itu dan menekankan mengenai komitmen mereka bagi menyelesai­kan keadaan itu.

Berhubung perkara itu, Ahmad Zahid berkata para pemimpin ASEAN yang berhimpun dalam AMMTC kali ke- 10 telah melahirkan penghargaa­n mereka berhubung komitmen Indonesia dan berharap ia akan diterjemah­kan dalam tindakan yang tegas.

Sebelum itu, Haiti berkata sejumlah 40 daripada 210 siasatan yang dijalankan berhubung isu pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia telah selesai untuk proses pendakwaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERBINCANG: Ahmad Zahid (dua kanan) berbincang dengan Menteri Kedua Perumahan dan Pelanconga­n Singapura, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad ketika AMMTC kali ke-10 di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERBINCANG: Ahmad Zahid (dua kanan) berbincang dengan Menteri Kedua Perumahan dan Pelanconga­n Singapura, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad ketika AMMTC kali ke-10 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia