Utusan Borneo (Sarawak)

Tabung Haji hargai Sahabat TH bantu operasi haji

-

MEKAH: Tabung Haji (TH) semalam mengadakan majlis penghargaa­n kepada Sahabat TH, yang banyak membantu dalam melancarka­n operasi haji terutamany­a ketika berlaku dua tragedi yang turut membabitka­n jemaah haji Malaysia di Tanah Suci Mekah dan Mina.

Dalam tragedi kren tumbang pada 11 Sept di Masjidil Haram dan insiden rempuhan di Mina pada 24 Sept, Sahabat TH turut menjadi penyampai maklumat, selain membantu pihak pengurusan TH membuat pemeriksaa­n bilik ke bilik jemaah haji.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata sebanyak 196 Sahabat TH dalam kalangan jemaah haji telah dilantik bagi membantu operasi haji iaitu 140 daripadany­a ialah kategori Sahabat Tabung Haji, 42 Sahabat Ibadat dan 14 Sahabat Medic.

“Musim haji 1436H ini merupakan tahun yang mencabar dengan bermula keadaan cuaca yang panas (antara 42 hingga 50 darjah Celsius), disusuli dengan dua tragedi yang turut menimpa jemaah Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaa­n Sahabat TH, Sahabat Ibadat dan Sahabat Medic di Ibu pejabat TH di Abraj Al-Janadriah, di sini.

Tragedi kren tumbang di Masjidil Haram mengorbank­an lebih 100 jemaah haji termasuk tujuh jemaah Malaysia manakala dalam insiden rempuhan di Mina, lebih 700 dilaporkan terkorban termasuk seorang jemaah Malaysia.

“Komitmen dan kesungguha­n yang diberikan Sahabat TH amat dihargai, mereka banyak membantu TH terutamany­a semasa berlaku tragedi kren tumbang. Terdapat dalam kalangan mereka yang berada di Masjidil Haram, mereka menjadi penyampai maklumat, Sahabat Medic turut membantu mangsa yang cedera, kemudian terlibat dalam operasi membuat pemeriksaa­n bilik ke bilik di sembilan bangunan penginapan jemaah Malaysia.

“Ketika operasi masyair, mereka ( Sahabat Ibadat) melakukan program- program keagamaan di khemahkhem­ah semasa di Arafah dan Mina.

“Ketika kejadian rempuhan di Mina juga, mereka turut membantu membuat pemeriksaa­n di khemahkhem­ah jemaah Malaysia,” katanya.

Mengenai operasi haji, beliau berkata jemaah Malaysia mula berangkat pulang ke tanah air secara berperingk­atperingka­t mulai semalam (29 Sept) sehingga 26 Okt.

“Dalam tempoh berkenaan, jemaah haji yang belum ke Madinah, akan dibawa bergerak ke sana mulai 3 Okt, operasi TH di Mekah akan tamat pada 17 Okt manakala operasi di Madinah berakhir pada 26 Okt,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia