Utusan Borneo (Sarawak)

Impian tunai umrah tidak kesampaian, 20 orang tertipu

-

KUALA LUMPUR: Impian 20 individu menunaikan umrah tidak kesampaian selepas menjadi mangsa penipuan syarikat yang menguruska­n ibadah itu awal tahun ini.

Timbalan Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr Lee Nan Sang yang bertindak sebagai wakil kepada pengadu, Normi Mustapha, 47, mendedahka­n 20 individu itu kerugian hampir RM100,000 selepas diperdaya syarikat berkenaan.

“Saya berpendapa­t tindakan yang dilakukan syarikat itu tidak bermoral kerana ia dilihat menipu pelanggan yang telah mengeluark­an ribuan ringgit untuk menunaikan umrah.

“Malah selepas mendapat aduan kes ini daripada pen- gadu, kami turut memberi peluang kepada wakil syarikat itu dengan mengatur pertemuan bersama mangsa untuk menyelesai­kan perkara ini dengan baik dan membayar kembali wang berkenaan, tetapi beliau gagal hadir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menemani wakil pengadu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, semalam.

Lee berkata, setakat ini, pihaknya telah menerima lima aduan berhubung kes sama sejak awal tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n umat Islam yang ingin menunaikan ibadah umrah mahupun haji untuk menyemak status syarikat yang menguruska­nnya sama ada ia berdaftar atau sebaliknya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia