Utusan Borneo (Sarawak)

Wujudkan satu saluran khas bagi aktiviti lelong

-

GEORGTOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP) meminta kerajaan mengkaji semula undangunda­ng berhubung aktiviti lelong bagi memastikan ia mengikut peredaran masa serta memenuhi keperluan pasaran terkini.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata dengan adanya undang-undang yang terkini, semua jenis lelong termasuk lelongan dalam talian dan penjual persendiri­an dapat dilindungi di bawah satu akta.

“Satu saluran khas di bawah kelolaan kerajaan persekutua­n juga perlu diwujudkan bagi memastikan aktiviti lelong dijalankan dengan lebih telus dan komprehens­if.

“CAP juga mencadangk­an penubuhan Lembaga Pelelong bagi membolehka­n pembida membuat aduan mengenai pelelong penyangak,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia