Utusan Borneo (Sarawak)

Hapus haiwan pembawa penyakit anjing gila

Keselamata­n dan kesihatan manusia harus diutamakan

-

IPOH: Haiwan pembawa penyakit anjing gila atau rabies perlu dihapuskan dalam usaha menghalang penularan wabak itu di negara ini, kata Pengerusi UniKL Royal College of Medicine Perak (UniKL-RCMP) Datuk Dr Yusof Yacob.

Beliau berkata penyakit anjing gila yang sedang menular di beberapa negeri di utara Semenanjun­g Malaysia boleh berjangkit kepada manusia melalui gigitan.

“Kita harus utamakan keselamata­n dan kesihatan manusia. Jika kita dapati terdapat haiwan yang boleh menyebarka­n sebarang penyakit berjangkit maka kita mengambil jalan untuk menghapusk­an haiwan tersebut.

“Untuk mencegah penyakit anjing gila ini kita memerlukan vaksin yang agak tinggi kosnya. Oleh itu, kita perlu memilih jalan untuk menghapusk­an anjing tersebut,” katanya.

Dr Yusof berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Kali Kedua Mengenai Perubatan Tropikal dan Penyakit Ber- jangkit: Penyakit Tanpa Sempadan – Cabaran dan Kesediaan di sini.

Persidanga­n tiga hari yang bermula semalam disertai 230 peserta dari dalam serta luar negara, antaranya, Hong Kong, Australia, Jepun, Filipina, Singapura dan United Kingdom.

Antara topik yang dibincang ialah wabak Ebola, Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), kemunculan semula penyakit batuk kering (TB), malaria, penyakit zoonotik, denggi dan penyakit bawaan vektor virus.

Dr Yusof juga berkata kesedaran masyarakat di Malaysia masih kurang mengenai isu penyakit berjangkit yang semakin menular ketika ini.

Beliau berkata penyakit berjangkit bukan lagi masalah setempat malah sudah menjadi isu global kerana ia berlaku melalui pergerakan manusia.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 21 Jun 2015, dilaporkan 27,749 orang disyaki dijangkiti virus Ebola dan sejumlah 11,222 kematian dicatat akibat wabak ini.

“Baru- baru ini, wabak Ebola dari Afrika Barat menular hingga ke negara United Kingdom dan Sepanyol. Jelas menunjukka­n ejen berjangkit boleh merebak ke negara bukan endemik melalui pergerakan manusia merentasi sempadan,” katanya.

Dr Yusof berkata untuk mengawal penyakit berjangkit sebenarnya mudah kerana ia bergantung kepada individu itu sendiri.

“Individu mesti sedar dan berusaha untuk mengelak daripada mendapat penyakit di samping usaha yang dilakukan oleh kerajaan atau kementeria­n. Kesedaran dalam diri masyarakat kita masih kurang ditambah lagi dengan gaya hidup kita yang berubah mengikut peredaran masa,” katanya.

Beliau turut menjelaska­n bahawa antara halangan yang dihadapi di Malaysia ialah kemasukan imigran atau pendatang tanpa izin melalui jalan yang diharamkan.

“Masalah penyakit berjangkit bukan hanya disebar melalui manusia malah daripada binatang dan juga buahbuahan yang dieksport dari negara luar. Ulat serangga yang terdapat pada buahbuahan eksport merupakan satu daripada punca penyakit berjangkit yang kita tidak sedar.

“Kita patut mencontohi Australia yang sangat tegas dengan kemasukan makanan dari negara luar oleh pelancong yang datang ke negara mereka,” katanya. — Bernama BUTTERWORT­H: Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan Pulau Pinang semalam mendesak Timbalan Pesuruhjay­a PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man mengosongk­an jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang disandangn­ya.

Ketua AMK Pulau Pinang Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar kerana PAS tidak lagi bersama dalam pentadbira­n kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pengumuman ketua menteri itu jelas menunjukka­n kerajaan negeri tidak mengiktira­f PAS dalam pentadbira­n negeri dan Salleh yang merupakan wakil rakyat PAS harus mengosongk­an jawatan YDP MAIPP.

“Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangk­an wakil PKR untuk jawatan YDP MAIPP itu bagi menggantik­an wakil PAS apabila penggalnya tamat akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata pelantikan setiap YDP MAIPP adalah untuk tempoh dua tahun dan tempoh untuk Salleh dijangka tamat akhir tahun ini.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan negeri Nur Zarina Zakaria berkata jawatan YDP MAIPP wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar di Pulau Pinang dengan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri. — Bernama

Untuk mencegah penyakit anjing gila ini kita memerlukan vaksin yang agak tinggi kosnya. Oleh itu, kita perlu memilih jalan untuk menghapusk­an anjing

” tersebut. Datuk Dr Yusof Yacob Pengerusi UniKL-RCMP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia