Utusan Borneo (Sarawak)

50,000 unit vaksin untuk tangani rabies

-

IPOH: Kerajaan menempah 50,000 unit vaksin bagi menangani penularan wabak penyakit anjing gila atau rabies, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata bahan itu ditempah daripada Pusat Vaksin Rabies Dunia yang berpengkal­an di Paris, dan akan tiba dalam waktu terdekat ini.

“Ia (vaksin) akan sampai dalam beberapa hari lagi. Vaksin ini dijangka akan memenuhi permintaan seluruh negara khususnya di negeri terjejas dalam usaha mengawal jangkitan penyakit berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-39, Pertubuhan Peladang Negeri Perak 2015, di sini semalam.

Beliau berkata kementeria­nnya mengarahka­n negeri lain untuk menghantar stok vaksin ke sebelah utara supaya orang ramai yang mempunyai anjing boleh mendapatka­n vaksin berkenaan.

Ahmad Shabery berkata di kawasan zon penampan sekitar jarak 80km dari sempadan Thailand ( immune- belt) kawalan diperketat untuk mengelak anjing dari negara jiran diseludup masuk.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata kementeria­nnya juga bersedia mengadakan perbincang­an dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkenaan bagi menangani masalah anjing tidak bertuan dan beliau juga bersedia menjadi orang tengah untuk mengatur pertemuan antara NGO dan pihak veterinar berkongsi pandangan profesiona­l. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Ahmad Shabery melawat gerai jualan baja selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 Pertubuhan Peladang Negeri Perak (PPN) di Casuarina Meru, semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Ahmad Shabery melawat gerai jualan baja selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 Pertubuhan Peladang Negeri Perak (PPN) di Casuarina Meru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia