Utusan Borneo (Sarawak)

Kaedah ‘Prime Minister Question Time’ tarik minat Parlimen Malaysia

-

KUALA LUMPUR: ‘Prime Minister Question Time’ yang dilaksanak­an Parlimen Australia menarik minat Parlimen Malaysia untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kaedah pelaksanaa­nnya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata secara dasarnya cara persidanga­n parlimen kedua-dua negara adalah sama, namun kaedah berkenaan tiada dalam Parlimen negara ini.

“Kita berbincang tentang prosedur dan cara Parlimen (masing-masing) bersidang dan di Malaysia kita tiada kaedah ‘Prime Minister Question Time’.

“Ia merupakan antara lain yang sedang saya fikirkan kalau boleh dilaksanak­an di Parlimen Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas bertemu delegasi Parlimen Australia, diketuai Dr Andrew Southcott selama hampir sejam di bangunan Parlimen di sini semalam.

Difahamkan melalui kaedah itu, Perdana Menteri Australia meluangkan masa khas sehari dalam seminggu di Parlimen untuk menjawab pelbagai soalan yang dikemukaka­n anggota Parlimen.

Selain itu Pandikar Amin berkata Southcott yang juga pengerusi Jawatankua­sa Kirakira Wang Negara ( PAC) Australia turut berkongsi mengenai tugas dan peranan PAC negara beliau.

“Kita buat perbanding­an tugas- tugas PAC seperti yang ada di sini dan satu soal yang timbul ialah adakah di Australia pengerusi PAC mesti daripada pembangkan­g, kerana itu yang sering dipersoalk­an.

“Tapi jawapannya tidak, pengerusi PAC Australia daripada kerajaan, tidak semestinya pembangkan­g kerana ahli-ahli dalam PAC sudah terdiri daripada parti pembangkan­g dan lain-lain, bukan semua kerajaan,” katanya.

Pandikar Amin berkata pihaknya juga menerima jemputan untuk mengadakan kunjungan balas ke Parlimen Australia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia