Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo ikrar ‘ketepikan’ legenda Real

Malmo pentas terbaik atasi rekod Raul se sebagai penjaring terbanyak kelab

-

MALM , Sweden: Cristiano Ronaldo akan cuba menamatkan satu tempoh yang boleh dianggap agak lama tanpa sebarang gol dalam tiga perlawanan apabila Real Madrid bertandang ke Malmo untuk aksi Liga Juara- Juara hari

ini.

“Semua orang kenal siapa dia. Beliau tidak terlalu obses untuk mengatasi rekod

menang.” tetapi beliau hanya mahu membantu pasukan men Marcelo Pemain pertahanan kiri Real Madrid

Ronaldo hanya kurang dua gol daripada menyamai rekod 323 gol yang dipegang bekas legenda bola sepak Real Madrid, Raul sebagai penjaring terbanyak kelab.

Bagaimanap­un, penyerang antarabang­sa Portugal itu masih menunggu untuk mengatasi rekod itu selepas gagal menjaringk­an gol dalam tiga perlawanan La Liga Sepanyol terakhir menentang Granada,

Athletic Bilbao dan Malaga dalam tempoh 10 hari terakhir. Ronaldo sangat kecewa ketika Real gagal men- jaringkan gol di gelanggang sendiri buat kali pertama dari 56 perlawanan ketika diikat tanpa jaringan oleh Malaga Sabtu lepas walaupun memiliki 31 cubaan ke pintu gol, dengan 14 daripadany­a dari Ronaldo.

Namun, Ronaldo biasanya menyimpan yang terbaik di Eropah di mana beliau menjaringk­an

hatrik ketikaReal menewaskan Shakhtar Donetsk dalam aksi Kumpulan A untuk meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Liga JuaraJuara dengan 80 gol.

“Semua orang kenal siapa dia. Beliau tidak terlalu obses untuk mengatasi rekod tetapi beliau hanya mahu membantu pasukan menang,” kata pemain pertahanan kiri Real, Marcelo.

Skuad kendalian Rafael Benitez itu kini sudah seri tanpa jaringan sebanyak dua kali dari enam perlawanan pertama La Liga, tetapi bekas pengurus Liverpool dan Chelsea itu yakin gol akan muncul buat Real sekiranya terus mencipta seberapa banyak peluang seperti ketika menentang Malaga.

“Mencipta begitu banyak peluang kelihatan perkara positif bagi saya tetapi menghalang peluang dari serangan pantas adalah sesuatu yang perlu kami tangani juga,” kata beliau.

“Apabila penjaga gol lawan adalah pemain terbaik perlawanan. Ia bermakna anda sekurang-kurangnya sudah melakukan tugas yang baik di jentera serangan dan mencipta begitu banyak peluang.”

Benitez juga tersentak dengan kecederaan beberapa pemain utama dalam beberapa minggu. James Rodriguez dan Gareth Bale tidak akan beraksi di Malmo dan juga pada perlawanan menentang kelab jiran, Atletico Ahad ini.

Pepe juga tidak beraksi dan Sergio Ramos diragui dapat beraksi, menyebabka­n Raphael Varane dan Nacho mungkin akan sekali lagi diturunkan di pertahanan tengah.

Penjaga gol Malmo, Johan Wiland, mempunyai tugas berat untuk menghalang serangan Madrid tetapi pemain berusia 34 tahun itu tidak sabar untuk peluang berdepan dengan jentera serangan terhebat dunia.

“Saya suka perlawanan di mana saya perlu bekerjaker­as,” kata beliau.

“Anda harus melakukan yang terbaik. Ia juga satu perasaan istimewa apabila lagu Liga Juara-Juara dimainkan (sebelum perlawanan). Saya fikir anda boleh bertanya kepada Ronaldo dan beliau juga mempunyai pandangan yang sama.

“Anda harus keluar ke dalam padang dan menikmatin­ya. Saya memberitah­u pemain untuk melakukann­ya tetapi kami juga harus melaksanak­an tugas. Kami adalah pasukan yang sangat bagus dan mempunyai peluang.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SEMAKIN HAMPIR: Ronaldo kurang dua gol daripada menyamai rekod Raul sebagai penjaring terbanyak Real Madrid.
— Gambar AFP SEMAKIN HAMPIR: Ronaldo kurang dua gol daripada menyamai rekod Raul sebagai penjaring terbanyak Real Madrid.
 ??  ?? RAUL
RAUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia