Utusan Borneo (Sarawak)

Rasuah: Blatter enggan berganjak

Presiden FIFA itu nafi sebarang ‘salah laku’ yang turut melibatkan Platini

-

Presiden Blatter bercakap dengan kakitangan FIFA hari ini (Isnin) dan memberitah­u kakitangan di mana beliau bekerjasam­a dengan pihak berkuasa, sambil menegaskan beliau tidak melakukan sesuatu yang salah atau tidak

” betul dan menjelaska­n beliau akan terus kekal sebagai presiden FIFA.

LAUSANNE, Switzerlan­d: Presiden FIFA, Sepp Blatter, menegaskan Isnin lepas di mana beliau tidak akan meletak jawatan walaupun menjadi sasaran terbaharu siasatan jenayah Switzerlan­d kerana salah urus organisasi.

Michel Platini, Presiden UEFA yang turut didakwa dalam siasatan, juga mempertaha­nkan pembayaran dua juta dolar oleh FIFA kepadanya.

Blatter, 79, menafikan sebarang “salah laku” dalam satu pertemuan di ibu pejabat FIFA di sini.

“Presiden Blatter bercakap dengan kakitangan FIFA hari ini (Isnin) dan memberitah­u kakitangan di mana beliau bekerjasam­a dengan pihak berkuasa, sambil menegaskan beliau tidak melakukan sesuatu yang salah atau tidak betul

Richard Cullen Peguam Blatter

dan menjelaska­n beliau akan terus kekal sebagai presiden FIFA,” kata kenyataan menerusi peguamnya, Richard Cullen.

Pendakwa raya Switzerlan­d berkata Blatter adalah sasaran satu siasatan terhadap “salah urus jenayah” di FIFA, dengan fokus utama ialah penjualan hak penyiaran televisyen 2005 kepada Kesatuan Bola Sepak Caribbean dan pembayaran kepada Platini.

Platini telah disoal siasat oleh pendakwa raya Switzerlan­d tetapi tidak dinamakan sebagai suspek.

Siasatan itu mengejutka­n dunia bola sepak sekali lagi, yang berdepan dengan krisis sejak bulan Mei lepas apabila jabatan kehakiman Amerika Syarikat (AS) mendakwa 14 orang kerana rasuah dalam perjanjian bola sepak bernilai lebih 150 juta dolar sejak dari 1991.

Empat hari selepas memenangi penggal kelima sebagai presiden pada 30 Mei, Blatter membuat kejutan apabila mengumumka­n akan meletak jawatan selepas penggantin­ya dipilih pada satu pilihan raya 26 Februari tahun hadapan.

Tetapi laporan media berkata jawatankua­sa etika bebas FIFA akan melancarka­n siasatan mereka sendiri yang akan memaksa penggantun­gan Blatter dan Platini.

Peguam negara Switzer- land, ketika mengumumka­n siasatan baharu, berkata pembayaran dua juta dolar dibuat pada 2011 kepada Platini mungkin tidak sah.

Platini mempertaha­nkan pembayaran itu Isnin lepas ketika beliau berharap untuk menjauhkan diri dari masalah yang menyelubun­gi FIFA ketika terus menghidupk­an peluang untuk menjadi presiden FIFA yang baharu.

Blatter dan Platini berkata bekas bintang bola sepak Perancis itu melakukan tu- gas untuk F I F A dari1998 hingga 2 0 0 2 . — AFP

 ??  ?? BLATTER
BLATTER
 ??  ?? PLATINI
PLATINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia