Utusan Borneo (Sarawak)

Dua gol Lukaku pastikan Everton pulang dengan tiga mata berharga

-

WEST BROMWICH, England: Dua gol Romelu Lukaku membantu Everton bangkit dari ketinggala­n 0-2 sebelum menang 3-2 di West Bromwich Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris Isnin lepas.

Everton, yang dibimbing Roberto Martinez, kelihatan pulang hampa selepas Craig Dawson menjaringk­an gol kedua West Brom selepas Saido Berahino membuka jaringan di The Hawthorns.

Tetapi Lukaku merapatkan kedudukan pada minit ke-56 sebelum Aruna Kone mengikat kedudukan pada lewat permainan dan Lukaku menjaringk­an gol kemenangan ketika berbaki enam minit permainan.

Gol pertama Lukaku dalam Liga Perdana itu hadir ketika menentang bekas kelab yang disertainy­a secara pinjaman pada musim 2012/2013 dan melonjakka­n Everton ke tangga kelima liga selepas kemenangan liga yang ketiga musim ini.

“Kami sangat kecewa dengan permainan dalam sepa- ruh masa pertama, kami seperti tertidur, semua pemain tertidur,” kata Martinez.

“Kebangkita­n yang cuba kami lakukan, ia sememangny­a sukar tetapi kami menjaringk­an tiga gol ketika berdepan salah sebuah pasukan dengan pertahanan terbaik dalam Liga Perdana. Tiga mata ini sangat penting tetapi ia juga memberikan keyakinan tambahan kepada pasukan.”

Ia sememangny­a persediaan sempurna untuk Everton menjelang pertemuan menentang kelab jirannya, Liverpool Ahad ini sementara kekalahan ketiga West Brom musim ini menyebabka­n skuad kendalian Tony Pulis berada di tangga ke-15 liga.

“Gol pertama (Everton) menyentak kami. Ia seharusnya mampu kami tangani,” kata Pulis.

“Dua gol lain agak lemah, gol kedua saya percaya kelihatan ofsaid.

“Kami seperti menamatkan saingan selepas mendahului dua gol dan kerana itu, mere- ka menghukum kami.”

Tiada sebarang gambaran tentang apa yang berlaku, yang menyebabka­n West Brom masih belum mencipta kemenangan dalam liga di tempat sendiri musim ini dengan Berahino menggembir­akan penonton tuan rumah dengan gol pembukaan.

Tanpa pemain pertahanan, John Stones, Ramiro Funes Mori diturunkan untuk penampilan penuh dalam liga tetapi pemain pertahanan tengah itu melakukan kesilapan yang menghasilk­an gol pertama West Brom.

Mori kelihatan tidak tertekan tetapi hilang bola secara tiba-tiba ketika cuba membantu serangan dengan bola tersekat di kaki James Morrison, yang kemudian melakukan umpanan cantik kepada Berahino untuk menewaskan penjaga gol Tim Howard.

Darren Fletcher kemudian melihat cubaannya ditepis oleh Howard ketika Albion cuba menambah jaringan selepas rehat sebelum Dawson meletakkan West Brom selesa di hadapan apabila menyempurn­akan hantaran lintang Chris Brunt.

Everton bagaimanap­un merapatkan kedudukan seminit kemudian apabila Lukaku menanduk hantaran lintang Deulofeu sebelum Kone mengikat kedudukan pada minit ke-75, tiga minit selepas dimasukkan dari bangku simpanan.

Lukaku melengkapk­an kebangkita­n Everton dengan gol kemenangan ketika berbaki enam minit permainan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia