Utusan Borneo (Sarawak)

Serie A: Frosinone cipta kemenangan bersejarah, Atalanta kejutkan Sampdoria

-

MILAN, Itali: Gol dalam separuh masa kedua oleh Federico Dionisi ketika menewaskan Empoli membolehka­n Frosinone mencipta satu kemenangan pertama dalam Serie A Itali, ketika Sampdoria dikejutkan 1-2 di Atalanta Isnin lepas.

Frosinone membuat permulaan buruk dalam Serie A dan walaupun naib juara Serie B musim lepas itu mencuri perhatian minggu lepas kerana mengikat Juventus 1-1.

Anak buah Roberto Stellone berpesta selepas mengutip mata pertama mereka dalam Serie A apabila mengikat Juventus di Turin dan jurulatih – yang juga bekas pemain Torino – berasa sangat gembira selepas kemenangan pertama dalam liga yang membolehka­n pasukannya melangkah keluar dari tangga terbawah ke tangga ke-16, hanya satu mata di belakang Juventus.

“Kami mengutip tiga mata yang sangat penting untuk kami dari segi kedudukan liga dan juga untuk moral kami,” kata Stellone. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia