Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak mampu menjadi kuasa, namun pembanguna­n terjejas akibat isu kewangan

-

KUCHING: Ketua Jurulatih Kabaddi Sarawak, Ganisan Punisamy melahirkan rasa bimbang dengan program perkembang­an sukan kabaddi di sini.

Ujarnya, dana tidak mencukupi merencatka­n program perkembang­an sukan yang baharu bertapak di Sarawak itu.

Menurut Ganisan, Persatuan Kabaddi Sarawak ( SKA) memerlukan kos yang besar setiap kali ingin menyertai pertanding­an di luar serta menganjur kejohanan di sini.

“Adalah amat mengecewak­an jika pembanguna­n sukan ini terencat disebabkan

” oleh masalah kewangan. Ganisan Punisamy Ketua Jurulatih Kabaddi Sarawak

Sehubungan itu, beliau bagi pihak SKA menyeru mereka yang berminat dalam sukan itu untuk tampil menyumbang dana kepada persatuan tersebut.

Tegasnya, skuad kabaddi negeri wajar dibantu kerana banyak mencapai kejayaan di luar dugaan pada kejo- hanan kebangsaan.

“Kita telah membuktika­n skuad kabaddi Sarawak mampu menjadi kuasa dalam sukan ini di Malaysia selepas memenangi pelbagai kejohanan yang disertai sebelum ini walaupun ramai di kalangan pemain kurang pengalaman,” ujar beliau.

“Namun, kerana kekuran- gan dana kita tidak dapat hendak menyertai pertanding­an secara kerap termasuk untuk menganjur kejohanan di sini bagi memberi pendedahan kepada pemain.”

Menurutnya, kali terakhir Sarawak menganjur pertanding­an ialah pada Pertanding­an Kabaddi Merdeka yang diadakan di SMK Kuching High pada 5 dan 6 September lepas dan disertai sejumlah lapan pasukan.

Tegas beliau, walaupun ia berjaya dianjur dengan baik, penganjur terpaksa mengeluark­an belanja yang amat besar.

“A d a l a h a m a t mengecewak­an jika pem- bangunan sukan ini terencat disebabkan oleh masalah kewangan,” katanya lagi.

Beliau turut mencadangk­an kepada SKA agar tidak terlalu mengharapk­an bantuan dan dana daripada kerajaan negeri.

Sebaliknya, persatuan itu kena bersikap lebih proaktif dengan mencari dana dengan jalan sendiri jika berhasrat untuk membawa sukan itu pergi dengan lebih jauh lagi.

Skuad wanita Sarawak muncul naib johan pada Pertanding­an Kabaddi Merdeka di belakang Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia