Utusan Borneo (Sarawak)

Kuil Krishna agih makanan ‘vegetarian’ secara percuma

-

KUIL Krishna di Kuching mengagihka­n sebanyak 500 bungkus makanan ‘vegetarian’ secara percuma kepada orang ramai, Ahad lepas.

Menurut seorang penganut di kuil berkenaan, Kalidas Subramania­n, amalan murni itu merupakan aktiviti tahunan Kuil Krishna bagi membantu golongan memerlukan.

“Pengagihan makanan ‘vegetarian’ secara percuma ini adalah satu daripada program Kuil Krishna untuk membantu orang miskin,” katanya.

Kalidas menambah makanan yang diagihkan itu adalah disumbangk­an oleh pihak tertentu dan dimasak secara bergotong-royong oleh penganut-penganut di Kuil Krishna.

“Aktiviti ini sudah dijalankan sejak dahulu lagi dengan sekali atau dua kali setahun,” katanya.

Lebih menarik, pengagihan makanan berasaskan sayuran tersebut telah disertai oleh Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Lo Khere Chiang.

Pengagihan makanan tersebut diadakan di pasar Batu 3 di Kuching.

Turut hadir Pengerusi Kuil Krishna Prabu Kruba. BAHAGIAN Wanita Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Dudong mengagihka­n 1,000 peket kek bulan dan tanglung percuma kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Pengagihan dilakukan di Pasar Raya Farley bermula jam 6 petang sempena sambutan Pesta Tanglung yang diraikan masyarakat Cina.

Tanglung dan kek bulan diedarkan oleh Pengerusi UPP Dudong Datuk Tiong Thai King, Setiausaha Oliver Kuo dan Ketua Bahagian Wanita UPP Dudong, Kapitan Connie Loh.

Loh ketika ditemui berkata, ia bertujuan membawa keceriaan dan kegembiraa­n kepada kanak-kanak pada Pesta Tanglung.

KEHADIRAN

 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Tiong (enam kanan), Loh (sembilan kanan) bersama ahli jawatankua­sa Bahagian Wanita UPP Dudong mengagihka­n tanglung dan kek bulan kepada kanak-kanak.
RAIKAN BERSAMA: Tiong (enam kanan), Loh (sembilan kanan) bersama ahli jawatankua­sa Bahagian Wanita UPP Dudong mengagihka­n tanglung dan kek bulan kepada kanak-kanak.
 ??  ?? PERCUMA: Lo dan Prabu mengagihka­n bungkusan makanan ‘vegetarian’ kepada orang ramai di pasar Batu 3 di Kuching.
Oleh Watt Zacchaeus
PERCUMA: Lo dan Prabu mengagihka­n bungkusan makanan ‘vegetarian’ kepada orang ramai di pasar Batu 3 di Kuching. Oleh Watt Zacchaeus
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia