Utusan Borneo (Sarawak)

Antidot dunia fesyen atasi isu alam sekitar

-

HENNES & Mauritz (H&M), peruncit fesyen kedua terbesar di dunia, melancarka­n usaha baharu untuk mempromosi­kan kitar semula tatkala ia cuba mengurangk­an kesan ke atas alam sekitar, meningkatk­an kelebihan etikanya dan menangani masalah kekurangan bahan mentah.

Langkah tersebut diambil ketika para pengkritik menekankan kerosakan yang disebabkan oleh budaya buang begitu sahaja yang dirangsang pakaian murah sekali gus menyaksika­n peningkata­n mendadak jumlah pakaian yang dijual setiap tahun di seluruh dunia.

H&M yang berpangkal­an di Sweden itu, melancarka­n rangkaian seluar jean yang mengandung­i kapas kitar semula bulan depan, menawarkan ganjaran tahunan 1 juta euro bagi teknik baharu untuk mengitar semula pakaian, menurut CEOnya KarlJohan Persson dalam temu bual dengan koresponde­n Anna Ringstrom di Stockholm barubaru ini.

“Tiada syarikat, fesyen segera atau tidak, yang dapat meneruskan keadaan seperti hari ini.

“Potensi terbesar (hadiah) itu tertakluk kepada penemuan teknologi baharu yang membolehka­n kita mengitar semula serat tanpa mengubah kualitinya,” tambah Persson.

Tatkala tekanan populasi memuncak, para peruncit seperti H&M khuatir tentang potensi kekurangan kapas di masa hadapan, kerana penanamann­ya amat bergantung kepada air dan racun makhluk perosak.

Cara mengitar semula kapas sedia ada menghasilk­an serat berkualiti rendah, dan tiada cara yang efisien untuk mengitar semula pakaian yang diperbuat daripada campuran bahan, justeru kebanyakan pakaian akhirnya dibuang begitu sahaja.

Johan Rockstrom, profesor sains alam sekitar di Universiti Stockholm dan anggota juri bagi hadiah H&M itu berkata, industri fesyen perlu mencari model perniagaan baharu sebagai respons kepada kekurangan sumber global.

“Inilah cabaran hebat bagi H&M yang memegang slogan pakaian murah pada kualiti terbaik.

“Hakikat murah bermakna ada risiko orang membeli dan membuangny­a begitu sahaja, atau membeli terlalu banyak,” katanya.

Pendapatan H&M telah meningkat lebih dua kali ganda sejak 2006, mencecah 151 bilion crown (AS$18.3 bilion) pada tahun ini sejak lewat November, menjadikan­nya peruncit fesyen kedua terbesar selepas Inditex dari Sepanyol.

Anugerah tersebut dilancarka­n oleh yayasan yang diwujudkan H&M yang ditaja oleh peruncit berkenaan dan keluarga Persson, pemilik utama syarikat.

Penganalis­is Bernstein AnneCharlo­tte Windal berkata, usaha kelestaria­n industri menggambar­kan dilema yang dihadapi syarikat ‘fesyen segera’ yang sentiasa mengeluark­an gaya baharu.

“Model ini hanya berkesan sekiranya ia menggalakk­an pembelian yang amat kerap, namun para pengguna menyedari kesannya yang semakin memburukka­n alam sekitar,” jelas beliau.

CARA TERBAIK

Syarikat lain bagaimanap­un sedang mencari penyelesai­an sendiri.

Mud Jeans adalah sebuah syarikat dari Belanda yang menyewakan pakaiannya kepada pelanggan kemudian menawarkan mereka gantian setiap tahun, membaiki dan menjual semula pakaian terpakai atau mengitar semula fabrik.

“Inilah masa depan, pengeluar yang bertanggun­gjawab ke atas sisa mereka sendiri. “Syarikat kami berbuat demikian kerana saiz kami yang agak kecil,

sebab itulah kami melakukan kerja-kerja gila begini kerana kami dapat menjamin ketulenan kapas,” kata CEOnya Bert van Son.

“Sekiranya anda merupakan sebuah rangkaian kedai besar, keadaan pasti rumit sekali jika kapas dicampurka­n dengan poliester.”

H&M menjalin kerjasama awal tahun ini dengan Kering yang dimiliki Puma untuk menyokong syarikat baharu Worn Again yang membangunk­an teknologi pemisahan dan pengekstra­kan serat dalam pakaian gabungan bahan.

Sementara itu, sebuah syarikat bernama Re:newcell sedang membangunk­an cara untuk meningkatk­an kualiti serat kapas kitar semula dan berharap untuk membina

kilang

pertamanya dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ketika ini hanya kira-kira maksimum 20 peratus kapas kitar semula dapat digunakan dalam pembuatan sepasang seluar jean baharu disebabkan panjang seratnya dipendekka­n dalam proses pencarikan, sekali gus menjejaska­n kualitinya, menurut H&M.

H&M dan Kering bagaimanap­un bukanlah syarikat tunggal yang terlibat dalam proses kitar semula.

Seperti H&M, Marks & Spencer dari Britain dan Calzedonia dari Itali mengumpul barangan terpakai dalam kedai mereka untuk dikitar semula.

Pada skala lebih kecil, usahawan Finland Pure Waste Textiles telah berjaya menghasilk­an baju sejuk yang diperbuat 100 peratus daripada kapas kitar semula selepas meningkatk­an teknik kitar semula sedia ada serta dengan mengitar semula kain lebihan potongan dari kilang pakaian.

Bagaimanap­un, pihak lain percaya kitar semula hanya mengalih tumpuan daripada cabaran sebenar dalam industri fesyen - memaksa pelanggan untuk terus memakai pakaian keluaran mereka bagi tempoh lebih lama.

Dalam aspek tersebut, pereka British Tom Cridland menawarkan jaminan 30 tahun ke atas rangkaian baju-Tnya.

“Saya tidak percaya kita bersikap adil kepada pelanggan dengan menghasilk­an baju-T putih yang hanya mampu bertahan setahun dua.

“Saya tidak dapat bersaing pada peringkat harga jadi saya perlu melakukan sesuatu yang berbeza,” tegas beliau. — Reuters

 ??  ?? LANGKAH TERBAIK: Persson berucap ketika menyampaik­an laporan sementara suku ketiga syarikat pada sidang media di Stockholm, Sweden baru-baru ini. H&M melancarka­n usaha baharu untuk mempromosi­kan kitar semula tatkala ia cuba mengurangk k k t l kit
LANGKAH TERBAIK: Persson berucap ketika menyampaik­an laporan sementara suku ketiga syarikat pada sidang media di Stockholm, Sweden baru-baru ini. H&M melancarka­n usaha baharu untuk mempromosi­kan kitar semula tatkala ia cuba mengurangk k k t l kit
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia