Utusan Borneo (Sarawak)

Penggiat muzik digalak hasilkan lagu yang lebih berkualiti

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Penggiat muzik Bisaya digalak untuk menghasilk­an lagu ciptaan baharu yang lebih berkualiti dalam usaha mengangkat lagu etnik tersebut ke tahap yang lebih tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata ciptaan lagu dan elemen gubahan lirik yang baik akan dapat mengembang­kan lagi muzik Bisaya setanding dengan etnik lain.

“Kita mahu penggiat muzik Bisaya agar mempelajar­i muzik dengan lebih mendalam bagi menghasilk­an lagu ciptaan baharu yang berkualiti dan mendapat sambutan ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pertanding­an akhir Lagu Bisaya anjuran perkhidmat­an Bisaya RTM Limbang di Padang Mamat Kampung Tanjung sempena program Radio di Lokasi Limbangfm pada malam Ahad lepas.

Beliau memuji usaha RTM Limbang dalam menganjurk­an pertanding­an sekaligus mempromosi dan mencungkil bakat dari segi penciptaan lagu baharu di kalangan masyarakat tersebut.

Program yang julung kali diadakan itu menyaksika­n lima buah lagu ciptaan asal band tempatan Bisaya dipertandi­ngkan oleh lima orang finalis bagi merebut Piala YB Paulus Palu Gumbang.

Dalam pada itu lagu ‘Kakal Ngintai’ ciptaan ZK Band yang dibawa Rozi Usok membawa tuah apabila beliau dinobatkan sebagai juara manakala Roslina Puasa naib juara dan tempat ketiga Thomas Payong Gerintik.

Pemenang membawa pulang wang tunai, piala dan sijil penyertaan.

Sementara itu, Pengurus Stesen RTM Limbang Montogomar­y Montahar mahu perkhidama­tan Bisaya menyelitka­n siaran rancangan karaoke lagu Bisaya dengan membuka talian kepada pendengar untuk turut serta dalam usaha untuk mempopular­kan lagu etnik tersebut.

Lebih 800 peminat dan penduduk kampung hadir menyaksika­n program terseut.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertanding­an Lagu Bisaya, Rakaman Pentas Krismas Perkhidmat­an Bisaya dan Unit Iban, pertanding­an sukan dan pameran dari agensi kerajaan dan swasta yang mengambil bahagian.

 ??  ?? PAULUS PALU GUMBANG
PAULUS PALU GUMBANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia