Utusan Borneo (Sarawak)

Betong Idol Dua Generasi 2015

-

BETONG: Betong Idol Dua Generasi 2015 yang telah pun melabuhkan tirainya baru-baru ini menyaksika­n seorang pelajar berusia 18 tahun, Jumaidi Hussaini dari Kpg Mangut, Spaoh dinobatkan sebagai Betong Idol Generasi Muda manakala peserta dari Kuching, Yusop Mas yang menyanyika­n lagu ‘Azura’ daripada Jamal Abdillah menang kategori Generasi Emas.

Lagu ‘Ku Akui’ nyanyian Hafiz ternyata telah membawa tuah kepada Jumaidi yang turut memenangi kategori vokal terbaik. Naib johan dalam kategori Generasi Muda disandang oleh Nor Narsin yang berasal dari Saratok dan satu-satunya peserta berbangsa Iban yang layak peringkat akhir dengan lagu beliau yang berjudul ‘Bungai Serga Dunya’.

Tempat ketiga dimenangi oleh Fadila Ibrahim yang berasal dari Debak dengan lagu ‘Setelah Aku Kau Miliki’. Peserta Tuan Rumah itu juga turut memenangi persembaha­n terbaik.

Bagi kategori Generasi Emas tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Kuching iaitu Mulsamah Merikan dengan lagu ‘Kerana Kau’. Tempat ketiga dimenangi oleh Haziah Norlida dengan ‘Tiada Maaf Bagimu’. Peserta yang berasal dari Kuching itu juga turut memenangi kategori pakaian terbaik.

Seramai 14 peserta telah layak ke peringkat akhir iaitu lapan dalam kategori Generasi Muda dan enam dalam Generasi Emas.

Syarat penyertaan Generasi Muda hendaklah berumur 15 tahun hingga 44 tahun, manakala Generasi Emas pula wajib berumur 45 tahun dan ke atas.

Menurut kenyataan penganjur Pengetua Betong Idol 2015 Phillip Jabu, Betong Idol yang telah dianjurkan untuk musim yang keenam ini telah menarik ramai penyertaan dari luar Bahagian Betong, bukan sahaja dari Kuching malah juga dari Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu dan yang paling jauh adalah dari Miri.

Menurut Phillip, walaupun ianya diadakan di Dewan Perperpadu­an Debak, Betong sambutan penyertaan para peserta tetap menggalakk­an seperti Betong Idol sebelum ini.

Betong Idol Dua Generasi 2015 telah dianjur bersama oleh Kelab Sukan dan Rekreasi BANKERS Betong bersama Saberkas, PBB N.30 Saribas dan JASA Betong.

Pada malam final Betong Idol Dua Generasi 2015 itu, pihak penganjur juga telah meraikan Pasukan Bolasepak Saribas United dengan menganuger­ahkan Anugerah Emas Pemain Terbaik Saribas United 2015 yang telah dimenangi oleh Alby Mustafa manakala Anugerah Perak dimenangi penjaga Gol Mohd Safaruddin.

 ?? — Gambar AFP ?? KEMBALI LAGI:
Pelakon terkemuka Bollywood, Salman Khan membuat persembaha­n semasa sidang media bagi melancarka­n program realiti TV popular India, ‘Bigg Boss Nau ‘Double Trouble’ yang diadakan di Mumbai pada 28 September 2015 lepas.
— Gambar AFP KEMBALI LAGI: Pelakon terkemuka Bollywood, Salman Khan membuat persembaha­n semasa sidang media bagi melancarka­n program realiti TV popular India, ‘Bigg Boss Nau ‘Double Trouble’ yang diadakan di Mumbai pada 28 September 2015 lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia